Umum

Aliff Syukri lari tak cukup tanah, tiba2 isteri menjerit alami pendarahan teruk

Baru-baru ini, isteri kepada usahawan kontroversi, Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Datin Seri Nur Shahida telah mengesahkan bahawa dirinya sedang hamil anak ke-6 selepas tular video terlihat baby bump sewaktu bersiar-siar bersama keluarga.

Khabar tersebut sudah tentu menghadirkan rasa gembira dan para peminat mengucapkan tahniah diatas kehamilannya dan mendoakan agar urusannya dipermudah sehingga bersalin nanti.

Isteri menjerit alami pendarahan

Namun begitu, menerusi perkongsian terbaru Aliff Syukri di media sosial, dia telah menceritakan detik cemas apabila isterinya mengalami pendarahan dan terpaksa dikejarkan ke  hospital.

RAKAMAN VIDEO ADA DI AKHIR ARTIKEL INI

Doktor suruh berehat lama

Walau bagaimanapun, usahawan itu memaklumkan denyutan jantung anaknya yang didalam kandungan berada dalam keadaan baik dan isterinya juga stabil.

Namun, doktor menasihatkan supaya Datin Shahida berehat untuk tempoh 3-5 bulan bagi mengelakkan sebarang komplikasi tidak diingini sehinggalah uri naik semula.

“Alhamdulillah dr dah scan kata baby masih ok, denyutan jantung pun ok…cuma isteri saya kena baring je dan rest utk 3-5bulan sbb akan bahaya utk ibu dan baby……sampai la uri naik semula…doakan semuanya dipermudahkan…” tulisnya.

Mudah-mudahan ibu dan kandungan dalam keadaan sihat

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang mendoakan agar Datin dan kandungannya berada dalam keadaan sihat kerana bimbang dengan kondisinya saat ini.

Mereka juga menasihatkan supaya Shahida banyakkan berehat dan tidak melakukan kerja berat kerana sedar risiko ibu-ibu hamil ini agak besar.

Kena banyakkan berehat dan baring

Semoga urusan datuk dan datin dipermudah

Terdahulu, Aliff Syukri Kamarzaman didakwa di mahkamah sesyen Sepang kerana memuat naik empat kandungan menyinggung perasaan ke akaun Instagramnya pada April.

Beliau mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan hakim Ahmad Rizki Jalil.

Pertuduhan itu, dirangka mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 233(3) undang-undang sama, memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara sehingga setahun setiap seorang, dan denda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu berterusan selepas sabitan.

Mahkamah menetapkan jaminan RM20,000 bagi kesemua pertuduhan dan menetapkan 25 Nov untuk sebutan semula kes.

Mengikut kertas pertuduhan, Aliff secara sedar menghasilkan dan memuat naik video dengan niat menyinggung perasaan orang lain pada 13, 15, 17 dan 21 April. Video itu dilihat pada 24 April di Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) di Cyberjaya.

Aliff disoal siasat oleh SKMM pada April lalu, selepas itu dia dilaporkan telah memohon maaf kepada mereka yang tersinggung dengannya.

Klip video yang memaparkan sekumpulan penari lelaki dalam solekan memaparkan gelagat kewanitaan itu mengundang kontroversi kerana dikatakan tidak sesuai untuk dimakan orang ramai terutama pada bulan Ramadan.

LIHAT VIDEO : SILA KLIK DI SINI

Sumber: TikTok, Instagram aliffsyukriterlajarlaris

Continue Reading
Advertisement