SELEPAS hampir lima bulan pemergian isteri tercinta iaitu Allahyarham Siti Sarah Raisuddin, pelawak dan ahli perniagaan Shuib Sepahtu mengakui ada mengenali wanita lain.
Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad, 38, bagaimanapun berkata, hubungan itu masih terlalu baharu dan diperingkat berkawan.
Anzalna dilantik sebagai duta tudung Loveta.
Berkongsi tentang perkembangan lain, Shuib beritahu dia kini lebih fokus pada keluarga dan perniagaan air minuman Bubble Bee yang diusahakan.
“Saya memang slow down sedikit dalam dunia seni. Ramai juga kawan-kawan yang ajak kembali.
“Namun buat masa sekarang mahu fokus kepada keluarga dan perniagaan,
“Selagi tak jumpa orang baru, saya asyik terkenang dan simpan perasaan sendiri,” jelasnya.
Untuk rekod, Shuib berkahwin dengan Siti Sarah pada tahun 2011.
Siti Sarah, 37, menghembuskan nafas terakhir pada pukul 5.13 pagi Isnin, 9 Ogos lalu di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) Kuala Lumpur akibat Cvid 19.
Allahyarham menjalani pembedahan bagi mengeluarkan bayi lelaki ketika kandungannya berusia lapan bulan pada 6 Ogos lalu yang diberi nama Ayash Affan.
Selain Ayash, Allahyarham meninggalkan tiga lagi cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8 dan Ariq Matin, 6.
mStar