Umum

“Awak Nilailah Sendiri”- Anak Azri Iskandar Minta Dr Azra Fikir Semula. Dakwa Bapa Menlpu Anak?

“Dalam tempoh 18 tahun ni rasanya saya tak tertinggal banyak sangat benda untuk tak tahu apa yang berlaku di sebalik perkahwinan mereka.

Saya terkejut sebab masa ayah balik kampung hari tu dia kata balik seorang sahaja, tiba-tiba keluar berita macam ini.

“Pertama kenapa perlu tipu? Kedua benda ni terlalu tiba-tiba. sebagai anak saya faham tapi ada rasa kecewa dengan tindakan ayah.

Saya dan adik-beradik tak setuju apabila ayah buat keputusan untuk kahwin baharu sebab mereka baru sangat bercerai. Lebih baik dia fokus kepada diri dan kerjaya dia.

“Saya tanya ayah betul ke? Kenapa cepat sangat? Dia kata hanya nak kenal-kenal dulu. Kepada Dr Azra mungkin dengan apa yang telah terjadi ini, anda boleh pertimbangkan kembali keputusan nak kahwin dengan bapa saya.

“Awak nilai la sendiri,” itulah kata anak kepada selebriti Azri Iskandar dan Ellie Suriaty iaitu Azrell Omar yang terkejut dengan pengakuan seorang wanita yang mendakwa

bercinta dengan bapanya selepas aktor itu bercerai baru-baru ini.

Ujar Azrel, 18, dia juga terkejut dengan pengakuan wanita dikenali sebagai ‘F’ yang mendakwa pernah pulang ke kampung bersama bapanya.

Dalam pada itu Azrell berkata dia dan adik-beradik yang lain berasa terkilan dan kecewa dengan tindakan bapanya yang mengambil keputusan untuk berkahwin baharu ketika ibu mereka masih dalam tempoh edah.

Azrell juga memberi nasihat kepada Dr Azra untuk mempertimbangkan semula keputusan berkahwin dengan bapanya selepas timbul pelbagai isu yang melibatkan aktor tersebut.

Ketika ditanya tentang keadaan ibunya selepas bercerai, Azrell berkata Ellie seorang wanita yang kuat kerana masih dapat meneruskan kehidupan seperti biasa.

“Ibu saya adalah seorang yang kuat sebab dalam benda macam ni terjadi dia masih teruskan kehidupan harian dia dengan bekerja. Dia pandai asingkan masalah dengan kerja, jadi tiada apa yang boleh menghalang dia.

“Saya nak minta maaf kalau ayah saya ada DM atau chat dengan mana-mana wanita dan berjanji apa-apa sebab dia baru bercerai… mungkin itu cara dia legakan hati,” ujarnya.

sebagai rekod terdahulu, hidup bersama selama 19 tahun,” kata pelakon Ellie Suriaty Omar, 52, yang sah bercerai dengan suami yang juga pelakon, Azri Iskandar di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, di sini, hari ini.

Ellie ketika dihubungi berkata, keputusan dibuat bukan dalam tempoh singkat sebaliknya dia dan Azri sudah memikirkan perkara itu sejak empat tahun lalu sebelum memfailkan perceraian pada 22 April lalu.

Malah, menurut Ellie apa yang berlaku juga tidak mengurangkan rasa hormat terhadap bekas suaminya itu.

“Apa yang berlaku juga sudah tertulis. Kami sudah bersama dalam tempoh yang panjang. Kami juga sudah lalui banyak perkara bersama dan bina keluarga. Saya berterima kasih pada dia. Kami berpisah pun dengan cara baik.

“Kami sangat matang dengan keputusan ini. Rasa Hormat saya tak berkurang pada dia. Saya menghormati dia sebagai bapa anak-anak kami, hormat dia sebagai pemain industri, hormat skil dan kreativitinya sebagai pelakon. Selebihnya itu adalah peribadi antara kami.

“Keputusan ini tentu sekali bukan masa singkat. Kalau singkat ia dipengaruhi oleh pemikiran singkat dan unsur-unsur negatif lain. Tapi kami ambil masa panjang untuk menilai iaitu dalam tiga ke empat tahun kebelakangan ini. Sudah cuba selamatkan  sebelum ini,” katanya kepada Harian Metro.

Ellie yang juga pengarah filem Penanggal berkata, selepas memfailkan perceraian dia meminta izin pada Azri untuk keluar rumah.

“Selama ini kami masih duduk bersama. Namun, selepas fail cerai, saya yang keluar rumah selepas minta izin daripada dia. Saya yang berasa tak hormat pada diri sendiri sebab sudah failkan perceraian. Nanti saya hipokrit pula.

“Kalau masih nak duduk serumah, saya tak boleh nak anggap macam tidak ada apa-apa yang berlaku. Saya cakap terus terang untuk keluar rumah. Dia hormat dan faham keputusan saya. Saya tidak mahu. Kami cukup matang dalam perkara ini,” katanya.

Dalam masa sama, Ellie berkata, dia tidak menyalahkan bekas suaminya itu atas keputusan yang dibuat.

“Saya tak salahkan dia. Kami ada hubungan baik dengan anak-anak. Begitu juga saya dengan anak-anak tiri. Tidak ada istilah nak rebut harta dan anak-anak. Itu semua tidak menjadi isu,” katanya.

Ellie dan Azri berkahwin pada 2003, da

Sumber: myartis.com

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jgn Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut

Continue Reading
Advertisement