Apabila berurusan dengan mana-mana sektor kerajaan pasti akan kedengaran luahan orang ramai berhubung sistem pengurusan mereka yang perlahan.
Namun, masalah itu tetap berulang sehinggakan rata-ratanya sudah lali kerana tiada penambahbaikan pun dari pihak mereka.
Bapa tahan sabar teman anak di hospital
Walaubagaimanapun, mungkin ada beberapa sektor yang perlu menambahbaik pengurusan mereka seperti hospital kerana ia merupakan sektor terpenting dan perlu sentiasa bersiap siaga mendepani sebarang kecemasan.
Hal itu sekaligus dapat mengelakkan berlakunya insiden seperti yang menimpa lelaki ini yang mana perkongsiannya ada dimuat naik di laman Tiktok.
Dari 7 petang sampai pukul 4 pagi tunggu
Menurui video pendek itu menyaksikan suasana sekitar aras tempat dia dan anaknya menunggu staf bertugas untuk mendapatkan rawatan.
Lengang dan tidak perlu bersesak, namun alangkah terkejutnya rupanya mereka masih belum dipanggil lagi dan masih menunggu sejak jam 7 petang sehingga hampir 4 pagi.
Hospital tak cukup staf
Dia menerusi kapsyennya memberitahu bahawa pengurusannya perlahan disebabkan hanya seorang doktor sahaja bertugas ketika itu.
Sumber : Redaksi
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.