Umum

Baru Je Sharnaaz Ckp Tak Tolak Jodoh, Sekali Ini Respon Shila Amzah, Ramai Betul Tak Sangka

Gara-gara terbuka memberi sokongan kepada Shila Amzah, 31, yang bertanding di Anugerah Juara Lagu 36 (AJL36) tempoh hari, pelakon popular, Sharnaaz Ahmad,36, sedar, ramai yang mengusik manja andai wujud kemungkinan dia akan kembali bercinta dengan penyanyi tersebut.

Kata Sharnaaz, sebagai manusia biasa, dia tidak mampu menghalang peminat dan pengikut untuk mendoakan hal yang baik pada dirinya namun percaya, di akhirnya urusan rezeki, jodoh dan ajal itu berada di tangan Allah SWT.

“Orang mendoakan yang baik, bukannya tak baik. Jadi kita terima sajalah. Tapi, yang nak tentukan itu adalah Allah SWT. Tapi terima kasih atas doa-doa yang baik itu.

“Cuma, kita tak boleh ramal apa akan jadi pada masa depan.Kalau ada, adalah. Kalau tak ada, nak buat macam mana? Saya akan ‘keep my windows open’(terbuka) kepada sesiapa sahaja.

“Saya tak berani nak janjikan apa-apa. Saya tak akan mengatakan tidak atau mengatakan ya. Serah pada Dia,” katanya semasa ditemui di restoran Cili Kampung, di sini, semalam.

Selain itu, ditanya mengenai kesediaannya untuk berbaik semula dengan keluarga Shila seperti suatu ketika dahulu, Sharnaaz ada jawapan sendiri.

“Tak tahulah. Kalau nak berdendam pun dah tua sangat dah kot,”katanya.

Selain itu, pelakon ini juga mengaku, selepas Shila berpisah dengan bekas suaminya, Haris Idraki Elias sekitar awal Februari lalu, mereka ada berhubungan menerusi telefon dan Sharnaaz banyak memberikan kata-kata semangat buat wanita tersebut.

“Terus-terang, kami ada saling mesej. Dia melalui fasa yang pernah saya alami, perceraian. Mungkin sesekali dia nak dapatkan pendapat dan kami berbual. Sebenarnya, daripada dulu kami tak pernah bermusuh.

“Saya cuma ada isu dengan ibu bapa dia saja, waktu itu. Tapi bagi saya, dah lama sangat dah. Nak berdendam pun untuk apa? Kami ada berbual dan dia ada bertanyakan bagaimana saya lalui pengalaman dulu sewaktu gagal dalam alam rumah tangga.

“Bagi saya, orang akan selalu bercakap dan hanya kita sahaja yang tahu diri sendiri. Hanya kita sahaja yang boleh buat diri sendiri bahagia. Nak bunuh semua kata-kata nista orang itu, buktikan dengan kejayaan,”katanya.

Dalam pada itu, Sharnaaz juga mengaku memberikan kata-kata semangat buat penyanyi itu sewaktu dia membuat persembahan di AJL36.

“Tapi bukan dia seorang sajalah, rata-rata yang bertanding pada malam itu pun adalah kawan saya juga. Saya doakan kejayaan buat mereka semua. Sebenarnya, kalau nak tahu, genre muzik yang dibawakan oleh Shila di AJL36 itu adalah genre sebenar yang dia paling suka.

“Sejak kami bercinta dulu, saya tahu, memang itulah dia. Shila cukup suka genre muzik seperti kumpulan Evanescence. Tapi biasalah, dulu ada tangan-tangan ghaib yang mengawal dia, jadi tak diberikan peluang itu.

“Tapi, tempoh hari, dia dapat peluang itu. Dia menyanyi dengan baik sebab benar-benar menjiwai. Akhirnya, kejayaan milik dia,”katanya.

Ini Respon Sheila Amzah..

Penyanyi, Shila Amzah kini menjadi bualan orang ramai apabila sering dikaitkan dengan pelakon, Sharnaaz Ahmad selepas mengumumkan penceraiannya pada Februari lalu.

Lebih-lebih lagi selepas kemenangannya pada Anugerah Juara Lagu ke-36 (AJL36) apabila Sharnaaz dilihat memberi sokongan secara terbuka kepada penyanyi lagu Pelukan Angkasa itu.

Namun, baru-baru ini Shila memuat naik hantaran di laman Instagram miliknya dan berharap agar orang ramai memberikan ruang kepadanya untuk pulih selepas berdepan dengan keruntuhan rumah tangga.

Sha okay je tau.. Tapi if kalian okay with me , please bagi sha ruang.. Selepas bercerai, Iddah pun belum habis lagi..

Menurut Shila, dia hanya mahu fokus kepada dirinya buat masa ini dan menjadi ibu yang terbaik untuk anaknya, Seth dan segala yang lain bukan lah priority baginya.

Kesediaan utk memulai apa pun dengan siapa pun.. memang jauh lagi dan tiada…

Sebagai seorang wanita, penyanyi itu mengakui bersyukur atas segala doa yang baik-baik daripada para peminat dan pengikutnya yang banyak memberi kata-kata semangat kepadanya.

Dikala muda , sha selalu akan cepat terguris dengan negativity..Benda yang orang cakap ,Benda yang orang tulis..Apa sahaja lah yang berbaur negatif, sha akan sangat cepat tersinggung..
But as the year goes by, I realised that ,it was the stupidest thing to do sebab people will keep the receipt, it will eventually hit you back harder even though you are not at fault.

Sha okay je tau..Tapi if kalian okay with me , please bagi sha ruang..Selepas bercerai, Iddah pun belum habis lagi..This is the first time I get to , focus on me..Seumur hidup memang I always give myself away to people.

Sha sedang menikmati #AJL36 , in sha Allah akan ada lebih lagi. Sebagai seorang wanita, sha bersyukur atas segala doa yang baik2. Kesediaan utk memulai apa pun dengan siapa pun.. memang jauh lagi dan tiada…

Sha masih belum sembuh , fokus sha satu-satunya adalah utk menjadi ibu yang terbaik utk Seth dan segala yang lain bukan lah priority untuk sha, Sayang korang semua , thank you Sebab banyak bagi kata2 semangat di comment Dan DM..Sha hargai semua nya

Sumber: beautifulnara

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Continue Reading
Advertisement