Akhirnya! Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sah dilantik sebagai Perdana Menteri yang baharu.
Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada petang Jumaat berkenan melantik Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri ke-9, selaras Perkara 40(2)(a) dan dan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan.
Ia susulan Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu di Istana Negara, di mana seramai 114 Ahli Dewan Rakyat telah mencalonkan Ismail Sabri (Ahli Parlimen Bera), jumlah majoriti yang mencukupi untuk membentuk kerajaan.
Ismail Sabri menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang meletakkan jawatan perdana menteri pada 16 Ogos lalu, selepas hilang majoriti sokongan ahli Parlimen dan cadangan kerjasama bipartisan yang dicadangkannya juga tidak mendapat sokongan parti politik.
Perlantikan Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri Malaysia yang baharu turut mengetepikan percabar terdekat iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Petisyen tolak Ismail Sabri
Bagaimanapun ketika orang ramai menaruh kepercayaan dan mahu memberi peluang kepada Ismail Sabri termasuk pemimpin dari pelbagai parti, timbul satu petisyen yang dilancarkan bagi menolak Ahli Parlimen Bera tersebut.
Petisyen yang dilancarkan di change.org itu adalah bagi menolak Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri Malaysia kesembilan.
Lepasi angka 300k menoIak Ismail Sabri
Apa yang mengejutkan adalah, petisyen tersebut telah melepasi angka 3OO,OOO semasa tinjauan dilakukan pagi ini yang menyatakan sokongan penolakan terhadap bekas Timbalan Perdana Menteri itu.
Petisyen itu menulis bahawa rakyat tidak mahukan Ismail dilantik sebagai perdana menteri kerana ketika menganggotai kerajaan Perikatan Nasional (PN), beliau dikatakan cu.ai dan gag4I menangani w4bak COVlD-l9.
Petisyen yang tersebar di laman-laman sosial dengan mesej “We don’t want Ismail Sabri Yaakob to be prime minister Malaysia. Do you agree?” boleh diakses di link http://chng.it/9RzkLfg8
Terdahulu, Ismail dipercayai memperoleh sokongan 114 Ahli Parlimen menjadikan kelebihan majoriti berpihak padanya.
Semalam, Naib Presiden UMNO itu berjaya mengumpul jumlah surat akuan tertinggi iaitu dengan 114 sokongan sekali gus membolehkan beliau diangkat sebagai Perdana Menteri kesembilan.
Seramai 114 ahli Parlimen terdiri daripada Barisan Nasional (BN), Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Pas dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dalam lima sesi, hari ini.
Berikut adalah 10 fakta mengenai Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang anda perlu ketahui:
1) Dilahirkan di Temerloh, Pahang pada 18 Januari 1960.
2) Mendirikan rumah tangga pada 1986 bersama pasangannya, Datin Seri Muhaini Zainal Abidin.
3) Hasil perkahwinan tersebut, beliau dikurniakan empat cahaya mata iaitu tiga lelaki dan seorang perempuan.
4) Anak sulungnya, Datin Nina Sabrina berkahwin dengan pereka fesyen terkenal, Datuk Jovian Mandagie, manakala anak lelakinya, Gadaffi atau lebih dikenali sebagai Dafi merupakan penyanyi dan pelakon.
5) Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Bangau, Temerloh, Pahang (1967), Sekolah Menengah Air Putih, Kuantan, Pahang (1973) dan Sekolah Menengah Teknik Kuantan, Pahang (1976). Beliau menyambung pengajian Tingkatan Enam di Jaya Akademik dan kemudiannya Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang di Universiti Malaya (1980).
6) Memulakan kerja sebagai peguam sebelum dilantik menjadi Setiausaha Politik kepada Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan, Datuk Sabaruddin Chik, pada 1995 dan berpengalaman menjadi jemaah menteri sejak 2008.
7) Menjadi Ahli Parlimen Bera dari 2004 sehingga kini.
8) Menerajui lima kementerian iaitu menjadi Menteri Belia dan Sukan; Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan; Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani dan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah serta Menteri Pertahanan.
9) Sewaktu di bawah pentadbiran kerajaan Perikatan Nasional (PN), selain menjadi Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), sebelum dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri.
10) Dalam parti politik, beliau bermula sebagai Ahli Jawatankuasa Umno bahagian Temerloh (1987), Ketua Penerangan Umno Bahagian Temerloh (1988), Ketua Pergerakan Pemuda Bahagian Temerloh (1993) dan Timbalan Ketua Bahagian Temerloh (2001) serta Ketua Umno Bahagian Temerloh (2004). Kini, beliau merupakan Naib Presiden Umno.
Sumber:utusan dan mstar