Nama usahawan kosmetik kontroversi, Datuk Seri Aliff Syukri rasanya tidak perlu diperkenalkan lagi. Mana tidaknya, sejak akhir-akhir ini, dia menerima pelbagai kecaman serta kritikan yang hebat susulan lagu terbaharunya yang berjudul Baby Sayang bersama penyanyi kontroversi, Baby Shima.
Tohmahan demi tohmahan diterima, ia tidak membuatkan Aliff Syukri kenal erti ‘henti’ dan berputus asa bagi meneruskan rangka promosi karya terbaharunya.
Aliff Syukri dalam rancangan bual bicara Selamat Pagi Malaysia.
Terbaharu, usahawan berusia 35 tahun itu dijemput dalam sebuah rancangan bual bicara Selamat Pagi Malaysia di saluran Rancangan Televisyen Malaysia (RTM) bagi tujuan promosi produknya.
Sempat dia selit lagu Baby Sayang…
Bagaimanapun, tular segmen Aliff mempromosikan produk lain pada hari yang berlainan di mana , dia dilihat mengambil kesempatan yang ada dengan ‘menyelit’ dan menyanyikan lagu Baby Sayang.
Menariknya, baru sahaja dua baris lagu Baby Sayang dinyanyikan oleh Aliff Syukri, pengacara program tersebut secara tiba-tiba ‘memotong’ nyanyiannya dan mencelah bertanyakan soalan lain.
Tonton klip penuh:
Dia beli kat mana confident level tu?
Perkongsian itu menerima pelbagai reaksi di kalangan warganet di mana ramai mengakui rasa terhibur dengan tindakan spontan pengacara berkenaan selain mempersoal ‘confident level’ usahawan tersebut.
“Macam Giant. Dah sumbang pun tetap nyanyi bagi semua dengar”
Selain itu, terdapat warganet menyamakan tindakan Aliff Syukri itu seperti kawan Nobita iaitu Giant kerana tetap ‘nyanyi’ meskipun mengetahui suaranya sumbang.
Sumber : OMM
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jgn Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut: