Nama usahawan kosmetik Nur Sajat tidak perlu diperkenalkan lagi. Boleh dikatakan populariti Sajat mengalahkan selebriti.
Apa saja yang dilakukannya pasti akan menjadi buah mulut orang ramai termasuklah cara pemakaiannya.
Umum mengetahui, sehingga ke hari ini masih ramai yang mempersoalkan status jantina Nur Sajat.
Bagaimanapun, gambar yang dimuat naik oleh Sajat baru-baru ini menjadi perhatian netizen yang mengatakan perutnya kelihatan sedikit buncit.
Rata-rata netizen bertanyakan di ruangan komen mengapa perut Sajat buncit dan ada yang mengatakan mungkin Sajat terlupa untuk memakai bengkung.
Disebabkan ramai yang bertanya, Sajat membalas komen dengan menyatakan perut buncit adalah perkara normal bila datang bulan.
Seperti sudah dijangka, jawapan Sajat itu menimbulkan pelbagai reaksi daripada netizen yang seperti tidak berpuas hati dan mahu mengetahui lebih lanjut.
Tidak kurang juga, ada netizen tertanya-tanya adakah benar Sajat datang bulan.
Apa pun, hanya Tuhan sahaja yang tahu kebenarannya. Kalau datang bulan, mungkin betullah agaknya Sajat ini memang seorang wanita.
Lebih baik jika kita bersangka baik dan doakan yang baik-baik untuk Sajat.
Sajat Sudah Tukar Jantina
Dalam perkembangan lain Usahawan kontroversi, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau lebih dikenali sebagai Nur Sajat memaklumkan bahawa di sudah menukar jantinanya kepada wanita secara sah di Australia.
Nur Sajat, 35, melalui sesi Live di Instagramnya berkata, dia berasa seperti dilahirkan semula dan sangat gembira kerana proses untuk menukar status jantina di negara itu mudah dilakukan.
“Saya gembira sangat semua dah selesai. Saya tukar ‘gender’ saya. Saya rasa selesa menjadi wanita, saya hargai kerana negara ini faham keadaan saya dan saya rasa sangat bebas sekarang.
Berita berkaitan: Sajat gembira tinggal di Australia, luaskan sayap perniagaan
“Saya boleh jadi diri sendiri, saya bangga menjadi wanita. Terasa seperti dilahirkan semula, ini yang saya mahukan. Saya mahu orang terima saya,” katanya.
Ditanya oleh pengikutnya sama ada dia akan menukar namanya, Nur Sajat memaklumkan dia akan kekal menggunakan nama Nur Sajat.
Terdahulu, Nur Sajat memilih untuk memulakan kehidupan baru di Australia sejak Oktober tahun lalu kerana berasa tidak selamat tinggal di Malaysia.
Nur Sajat sebelum itu turut menjadi buruan pihak berkuasa sehingga melarikan diri ke Thailand sebelum ditahan oleh pihak Imigresen pada 8 September 2021 kerana memiliki pasport tidak sah.
Sumber: Cari Forum
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jgn Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut: