MENYINGKIRKAN vokalis kumpulan Arrow iaitu Renggo dalam program I Can See Your Voice Malaysia musim kelima yang bersiaran pada Ahad lalu, penyanyi Nabila Razali menerima teguran netizen.
Tampil menjawab dakwaan kononnya dia tidak mengenali penyanyi senior itu, Nabila berkata dia tertipu dengan identiti penyamaran yang dibawa oleh Renggo hingga tidak menyedari penyanyi itu merupakan salah seorang peserta.
“Takkan la saya tak kenal Abang Renggo, saya membesar dengan lagu-lagu dia, jadi siulan sejak kecil. Tapi kita kena faham konsep program ini, setiap peserta diberi kelainan karakter daripada watak realiti.
“Tugas panel juri pun nak kelirukan artis jemputan. Itulah yang best tentang program ini. Saya tak perasaan masa itu sebab Abang Renggo lain karakter, baju dan cermin mata hitam… pakai topi koboi, jalan pun tunduk sahaja.
“Malah semasa berehat untuk iklan, peserta tak dibenarkan bersuara atau berinteraksi dengan kami semua. Semua tunduk sahaja, tak boleh nak tengok muka betul-betul.
“Malam itu memang sukar nak buat pilihan… selepas habis program, saya terus jumpa Abang Renggo dan minta maaf! Dia gelak sahaja dan okay sangat, kami sempat bertukar nombor, mungkin boleh bekerjasama lagi lepas ni.
“Sebelum ini pun pernah sepentas. Jadi korang janganlah marah Bella ya… jangan risau, Bella kenal Abang Renggo!” katanya kepada mStar.
“STEADY JE ABANG NI TARIK…” – PENYANYI ASAL ‘ARROW’ BELANJA SATU LAGU SAMBIL TEBAR ROTI CANAI
Kebiasaannya kalau makan di gerai-gerai, warung atau medan selera, pasti kita akan dihiburkan dengan kumpulan busker. Sambil makan tu ada jugalah hiburan.
Tapi apa yang uniknya kali ini, abang penebar roti canai sendiri belanja satu lagu sambil sedang membuat roti canai untuk pelanggannya. Memang selamba habis abang ni menyanyi siap dengan ‘tarikan’ padu suaranya.
Bagi yang lahir selepas tahun 2000 mungkin tidak mengenali abang tersebut. Sebenarnya, abang penebar roti canai itu adalah penyanyi asal lagu tersebut, iaitu Renggo daripada kumpulan Arrow.
Renggo yang dahulunya seorang penyanyi dan penghibur, kini tak menang tangan melayan pelanggan di sebuah kedai di Kampung Sungai Petai, Pasir Puteh, Kelantan.
Dengan gaya bersahaja vokalis kumpulan Arrow itu menyanyi, ramai yang puji dengan kehebatan suaranya menyanyikan lagu ‘Niat Hati Tak nak Berpisah’ di kedai makan tersebut secara terbuka.
Pada asalnya tak ramai warganet yang kenal dengan abang penebar roti canai tersebut. Namun selepas itu barulah beberapa pengguna media sosial memaklumkan bahawa abang tersebut merupakan penyanyi asal lagu itu.
Renggo atau nama sebenarnya Mohd Zain Ramli, dikatakan telah mula berniaga menjual roti canai sejak 10 tahun lagu.
Memang seronok pelanggan-pelanggan di situ sambil makan roti canai dapat dengar suara penyanyi asal menyanyikan lagu sendiri secara langsung. Semoga perniagaan Renggo kekal steady seperti suaranya.
Sumber: mstar
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jgn Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut: