Umum

‘Boyfriend’ datang nak bincang haI tunang, tak sangka ada yang datang merisik serentak

Hari Raya adalah masa yang sesuai untuk mengambil langkah pertama dalam hubungan romantis.

‘Alasan’ datang beraya boleh digunakan untuk mengenali ahli keluarga dan pada masa sama cuba bersikap lebih terbuka dengan tujuan untuk berhubung dengan ibu bapa.

Perkara yang sama dilakukan oleh seorang pengguna TikTok apabila teman lelaki datang ke rumahnya untuk bertemu keluarganya bagi membincangkan rancangan pertunangan mereka.

Namun begitu, apa yang mengejutkan ialah ketika teman lelaki kepada gadis bernama Fatin sedang datang bertandang, tiba-tiba muncul satu rombongan lain datang untuk merisik gadis berkenaan.

Video di akhir artikel

Keadaan ‘panik’ itu sempat dirakamkan oleh Fatin dan dapat dilihat muka cuak buah hatinya apabila ada yang cuba masuk ‘lane’ ketika dia sedang menghalalkan teman wanitanya itu.

Situasi ini telah dikongsi oleh pengguna TikTok berkenaan dan ditonton lebih sejuta kali dalam masa satu hari sahaja.

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet telah meninggalkan komen dengan mengakui bahawa situasi berkenaan cukup mencabar bagi seorang lelaki.

Mereka juga sempat berkongsi kisah masing-masing yang pernah melalui situasi sebegitu dan lebih memilih teman lelaki yang sedang berjuang untuk menghalalkan hubungan mereka.

Nasib baik datang serentak

Dah macam drama melayu

Pernah jadi dah bertunang tapi still ada orang datang meminang

Dasyat ni drama, plot twist dia mesti complicated sikit ni

Risau bila piliah pihak kena tolak marah dan buat benda tak baik

Urusan perkahwinan is real

Video

Sumber: Primenews tiktok fatin

Continue Reading
Advertisement