Konflik rumah tangga melibatkan pasangan selebriti Noh Salleh dan Mizz Nina tidak dinafikan telah mengejutkan ramai pihak apabila mereka secara umum telah memaklumkan perceraian pada 4 Ogos lalu.
Susulan itu, nama penyanyi vokalis kumpulan Hujan hangat diperkatakan serta didakwa bermain kayu tiga dibelakang Mizz Nina.
Berita Noh didkwa cvrang heboh di serata media sosial sehingga ramai dalam kalangan netizen yang membuat spekulasi mereka bercerai disebabkan perkara tersebut.
Terkini, seorang individu bernama Izzaty Jamal yang dipercayai merupakan kenalan rapat Noh tampil menjelaskan mengenai kisah sebenar yang melanda kemelut rumah tangga Noh dan Nina menerusi sebuah video berdurasi 2 minit 41 saat.
“Saya memang personally kenal Noh, sebab Noh dan abang ipar saya adalah Bandmate. Kami selalu jumpa dan melepak.
“Selepas Noh dan Mizz Nina umum yang mereka dah tak bersama, banyak sangat spekulasi yang mengatakan Noh Salleh ada scandal. Betul ke?
“Jawapan dia, tak ada pun. Tiada perempuan kedua, perempuan ketiga. Saya cakap perkara ni bukan sebab saya backup Noh, tidak.
“Saya kenal dia, mulut netizen suka buat spekulasi asal boleh selak mereka selak kain orang tu. Jadi disini, saya nak beritahu sebagai kenalan Noh Salleh bahawa dia tak ada perempuan simpanan.
“Dia dan Mizz Nina berpisah secara baik, tiada pergaduhan angin dan ribut. Cuma bila Allah SWT kata dah tiada jodoh, maka tiadalah jodoh,” katanya di TikTok miliknya.
Semasa artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih sebanyak lebih 200,000 tontonan, 7,000 tanda suka.
Tonton klip penuh :
Sumber : Xtra
“Sudah Brcerai talakSatu Dmahkmah RndahSyariah Gombak Semalam” Statu Trkini Noh Dan MizzNina
Pasangan selebriti Mizz Nina dan Noh Salleh dikatakan sudah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Gombak Timur, di sini, semalam.
Sumber Harian Metro berkata, pasangan itu terlebih dulu memfailkan perceraian pada 14 Jun lalu di mahkamah sama.
Difahamkan, perceraian mereka di bawah kod kes 055 iaitu permohonan lafaz talak dengan kebenaran mahkamah.
Sementara itu, cubaan Harian Metro mendapatkan kenyataan daripada Mizz Nina tidak berjaya apabila mesej dihantar tidak berbalas.
Terdahulu, seorang pengguna Twltter @thentang membuat ciapan berkenaan perkara itu yang kemudiannya memetik nama penyanyi kumpulan Hujan itu selepas ditanya pengguna lain.
“Makin takut nak kahwin bila dengar orang cerai-berai ni. Hari ini (semalam) pasangan selebriti yang punyalah baik depan media bercerai pula pagi tadi dekat Mahkamah Gombak Timur. Tapi berita tak ‘cover’ pula.
Sebelumnya, akhbar ini melaporkan Noh, 37, atau nama sebenarnya Mohammad Noh Salleh menafikan mengenai desas-desus keretakan rumah tangganya yang bertebaran di media sosial pada 13 Julai lalu.
“Entahlah, tiada komen. Korang semua kena tipu…good luck (selamat berjaya),” katanya ketika ditemui media.
Kemudian, beberapa hari selepas itu Mizz Nina, 42, atau nama sebenarnya Shazrina Azman memuat naik hantaran di Instagram yang seolah-olah memberi bayangan dia sedang melalui saat-saat sukar hingga mengundang pelbagai reaksi netizen.
Masih mengunci mulut mengenai dakwaan rumahtangganya dengan Noh, ruangan komen dipenuhi dengan ucapan mendoakan yang terbaik buat Mizz Nina.
Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 2 Julai 2011. Sekitar April lalu, pasangan itu memperkenalkan Musa sebagai anak angkat bagi menyerikan rumah tangga mereka.
Sumber : HMetrot
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih