Umum

Dah Kahwin Selama 13 Tahun, Kantoi lsteri Selama Ni Penagih Ddah. Suami Buntu Nk Cerai Atau Bantu Berubah

“Apa nak buat kalau lepas 13 tahun kahwin, hg baru tahu perangai sebenar isteri hg? Dah kahwin anak dah empat orang, baru dpt tahu isteri hang hisap sy4bu” – Suami.

MEMASUKI tahun ke-13 melayari bahtera rumah tangga, lelaki ini tidak pernah menyangka bahawa isterinya merupakan seorang penagih dadah.

Menurut bapa kepada empat cahaya mata itu, dia juga buntu apabila rahsia itu baru terbongkar selepas sekian lama mereka hidup bersama.

“Apa nak buat kalau lepas 13 tahun kahwin, hang baru tahu perangai sebenar isteri hang? Dah kahwin anak dah empat orang, baru dapat tahu isteri hang hisap syabu,” dedah lelaki itu.

“Isteri tu tahu ke suami dah tahu? Dadah ni payah. Kalau memang tuan badan nak berubah mungkin senang sikit. Mulakan dengan berbincang, cari kata sepakat. Cerai tak selesaikan masalah.

“Cuba situasi tu kita terbalikkan. Isteri dapat tahu suami kaki dadah. Tak ada dah nak bincang bincang, confirm semua suruh mintak cerai je.

“Bantu la isteri berubah, takkan tiba-tiba nak tinggal dah anak empat,” tulis beberapa netizen.

Dalam pada itu, seorang individu yang bertugas dengan Persatuan Pengasih Malaysia (Pengasih) turut berkongsi pendapatnya berkenaan masalah berkenaan.

“Hantar dia kepada rawatan private. Hantar kepada Pengasih. Sebab AADK akan ada rekod kekal. Dan susah nak dapat lawatan atau outing.

“Fasiliti swasta akan fokus kepada penyembuhan dan membina semula kepercayaan dan hubungan dengan keluarga. Dia ada anak. Kalau dia tidak mendapat bantuan, keluarga itu mungkin kehilangan isteri dan ibu.

“Saya pun baru je refer client masuk Pengasih. Dia ada dua anak. 17 tahun ketagihan dadah. Suami pun sama. Dia sedang dalam proses bercerai dan mendapatkan rawatan pada masa sama,” ujar individu yang tidak mendedahkan identitinya itu.

Sumber Mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Continue Reading
Advertisement