Sudah menjadi kebiasaan untuk kita ziarah-menziarahi ahli keluarga yang lain tatkala tiba musim perayaan. Hal ini kerana, budaya yang diamalkan secara turun-temurun ini dapat mengeratkan lagi hubungan sesama keluarga.
Tatkala kita ziarah-menziarahi, pasti ada diantara kita yang tidak menyangka individu yang selama ini kita kenal merupakan ahli keluarga jauh yang jarang berjumpa lebih-lebih lagi ketika musim perayaan.
Nak-nak pula bila hampir dua tahun tidak dapat pulang beraya bersama ekoran pandemk Cvldld9.
Kekasih hati rupanya bapa saudara. Itulah yang terjadi kepada pengguna @ctnrhnm di TlkTok selepas videonya menjadi tular di platform berkenaan.
Menerusi video yang tular itu, pengguna yang dikenali sebagai Siti Nur Hanim menziarahi saudara-maranya yang jauh dan jarang ditemui.
Alangkah terkejutnya gadis berkenaan selepas mendapati bahawa teman lelakinya selama ini merupakan bapa saudara kepadanya.
Selepas mengetahui perkara tersebut, atas faktor hukum, ahli keluarga gadis tersebut tidak membenarkannya untuk meneruskan hubungan dengan teman lelakinya kerana pemuda berkenaan boleh menjadi wali kepada ibunya.
Pentingnya ziarah-menziarahi. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bersimpati dengan keadaan yang dihadapi gadis itu dan menyelitkan nasihat tentang pentingnya budaya ziarah-menziarahi sesama keluarga yang jauh mahupun dekat.
Semoga kita mengambil iktibar dari situasi ini dan dinasihatkan agar kita sentiasa ziarah-menziarahi bagi mengelakkan perkara demikian berulang kembali.
Sumber : OM
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jgn Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut: