Alang mula bekerja sebagai tukang cuci sejak berusia 19 tahun. TIADA istilah malu dalam diri wanita ini.
Menurut Noraini Hamzah, 28, dia tidak pernah berahsia soal pekerjaannya, malah bangga apabila dapat berbakti kepada masyarakat sebagai tukang cuci.
Mesra disapa Alang, wanita dari Lanchang, Pahang itu menceburi bidang kerja berkenaan sejak berusia 19 tahun.
Menurut Alang, dia bertugas sebagai pekerja pembersihan di Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKBN) Temerloh sehingga tahun 2017.
Dia kemudiannya berhenti kerja dan beralih bidang untuk menjadi pengasuh di sebuah taska selama tiga tahun.
“Saya kerja sebagai cleaner sejak tahun 2013 sehingga 2017. Kemudian, selama tiga tahun saya kerja taska. Pada bulan November tahun lepas, saya kembali bekerja sebagai cleaner.
Alang baru sahaja mendapat kerja baharu sebagai pengasuh di taska.
“Kemudian, kali ini saya dapat kerja di sebagai pengasuh di taska sekali lagi. Rezeki saya pusing-pusing di tempat sama. Saya terima saja rezeki ini,” ujarnya.
Menurut Alang lagi, dia tidak pernah berasa malu, sebaliknya bersyukur dapat mencari rezeki halal untuk diri sendiri dan keluarga.
Dedah Alang, dia sudah tiga tahun berkahwin, namun berjauhan dengan suami yang kini bekerja sebagai tukang masak di Kuala Lumpur.
“Ketika bekerja, ada pelajar pernah tanya saya sekiranya saya malu bekerja sebagai cleaner? Saya kata saya tak pernah malu.
“Rezeki saya di situ. Saya bukan nak cari musuh. Tapi cari rezeki untuk keluarga dan adik-adik. Saya tak malu pun, sebaliknya saya suka.
“Suami pula bekerja Kuala Lumpur. Jadi saya duduk di kampung bersama emak dan dua adik. Saya duduk sini untuk tanggung mak dan jaga dia. Ayah pula dah 13 tahun meninggal,” ujarnya.
Alang turut ber kongsi kisah mengenai dirinya di Tik Tok.
Dalam pada itu, Alang yang juga anak ke empat daripada enam beradik turut ter kejut apabila video mengenai kisah hidupnya tular di Tik Tok.
Kata Alang, dia sekadar berkongsi secara suka-suka dan tidak me nyangka akan di hujani komen positif oleh netizen.
“Awal-awal saya risau juga sekira nya akan ada komen negatif. Tapi Alhamdulillah, semua baik-baik. Saya memang tak sangka, saya cuma nak kongsi video saja.
“Saya ter haru ramai yang doa kan saya. Hanya satu saya nak pesan, jangan pernah malu dengan pekerjaan kita.
“Tak perlu malu kerana ia rezeki Allah. Biar lah apa orang nak cakap, duit yang kita dapat bukan orang yang bagi. Semua nya dari Allah,” ujar nya lagi.
sumber: mstar
Apa Pen dapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang di beri kan oleh pem baca kami.
Sila pasti kan anda ber fikir panjang ter lebih dahulu se belum me nulis komen anda di sini. Pihak admin juga tidak mampu untuk me mantau ke semua komen yang di tulis di sini. Segala komen ada lah hak dan tanggung jawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang me narik dan meng hibur kan di bawah ini yang di kongsi kan se perti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Tiada daya dan upaya kita melainkan dengan izin Allah.