Bagaimana acuan, begitulah kuihnya. Peribahasa tersebut sangat sesuai untuk menggambarkan situasi seorang kanak-kanak ini yang menangis sebak saat bercerita pada ibunya tentang kejadian dia membantu rakannya di sekolah. ” Dia kesian tengok kawan tak makan, bagi RM5 suruh beli makanan, baru makan sama2…”.
RAKAMAN VIDEO DI BAWAH SEKALI
Perkongsian @ellyemirza membuatkan ramai kagum dan tersentuh dengan sikap kanak-kanak itu yang bercerita membantu rakannya yang susah, langsung tidak makan kerana tidak mempunyai duit untuk membeli makanan.
Apa yang membuatkan wargamya turut sebak adalah, si cilik bernama Pia ini juga menangis saat menceritakan kesusahan rakannya dan tidak tergamak membiarkan rakan sekelasnya itu kelaparan.
” Harini tergerak hati nak bagi Pia RM10, dia belanja RM2 pulang baki RM3.”
” Bila tanya mana baki, baru dia cerita dia bagi kawan yang susah untuk beli makanan…”
” Good job mama Pia jugak…” Menjengah ke ruangan komen, rata-rata wargamya memuji didikan ibu bapa Pia kerana terbentuknya seorang anak yang berjiwa lembut dan baik hati.
Dalam pada itu, ramai juga yang meluahkan kesedihan melihat kanak-kanak tersebut menangis saat bercerita mengenai kesusahan kawannya.
” Nangis aku weh..”
” Terbaik didikan ibu, good gir pia..”
” Semoga membesar menjadi anak yang solehah..”
Peranan ibubapa adalah menjadi ‘role-model’ kepada anak-anak dengan sentiasa menunjukkan teladan yang baik dan perlu dicontohi. Seperti kita ketahui, ke mono tumpahnya kuah, kalau tidak ke nasi. Kelakuan dan peranan ibu bapa bakal memberi kesan yang besar untuk seluruh hidup anak-anak.
Sebagai contoh, perkara negatlf diperlihatkan oleh ibu bapa kepada anak-anak seperti pertengkaran, makl hamun serta penderaan suami terhadap isteri, ia bukan sahaja akan menjejaskan perkembangan jiwa anak-anak, tetapi juga akan menjejaskan hubungan dalam kalangan anak-anak.
Mereka akan bertengkar dan akan hilang rasa hormat antara satu sama lain. Oleh itu, ibu bapa berperanan dalam menunjukkan contoh yang balk kepada anak-anak supaya mereka tidak bersikap negatlf di kemudian hari.