ENGGAN mendedahkan tarikh sebenar bakal melangsungkan perkahwinan, pelakon Sharifah Amani bagaimanapun tidak menolak akan naik pelamin tahun ini juga.
Amani, 36, berkata, ketika ini dia sedang melakukan pelbagai persiapan untuk majlisnya itu dan selebihnya menyerahkan kepada ketentuan Yang Maha Esa.
“Alhamdulillah, saya gembira sekarang ini (bertunang). Insya Allah diharapkan semuanya dipermudahkan.
“Rasa gementar itu memang ada apabila memikirkan pelbagai perkara, harap semuanya berjalan lancar,” katanya kepada mStar.
Amani ditemui pada sidang media drama terbaharu berjudu; Murder In Moonlight yang berlangsung di GSC, Mid Valley, pada Selasa.
Terdahulu, pelakon filem Sepet ini melangsungkan pertunangan dengan jejak pilihannya pada 26 Jun lalu apabila memuat naik gambar sedang mencuba baju pengantin.
Dalam pada itu, Amani tidak mahu terlalu terbuka berkongsi tentang bakal suaminya itu namun hubungan mereka mula terjalin sejak empat tahun lalu.
Amani berkata, apa membuatkan dia tertarik dengan bakal suaminya, lelaki itu seorang yang bijak serta lucu membuatkan dia jatuh hati.
“Kami memang tak mahu war-warkan di media sosial kerana apa salah boleh disalah tafsirkan oleh orang lain. Barangkali selepas berkahwin saya akan kongsi.
“Dia seorang lelaki Malaysia dan kami kenal lebih kurang empat tahun. Dia seorang yang bijak dan lucu. Itu membuatkan saya tertarik,” ujarnya.
Berkongsi tentang persiapan bergelar isteri, Amani menyifatkan perkara itu sesuatu yang subjektif dan dia sendiri tidak sabar untuk mendalami dan menggalas maksud sebenar perkara itu.
“Perkataan isteri itu sangat subjektif dan banyak huraian yang boleh dibuat daripada satu perkataan.
“Setiap orang ada maksud tersendiri dan saya tidak sabar untuk melalui fasa sebagai isteri,” katanya.
terdahulu,
PELAKON Sharifah Amani pada Ahad berkongsi khabar gembira apabila dia selamat melangsungkan pertunangan dengan jejaka pilihan hatinya.
Meskipun tidak mendedahkan identiti jejaka yang berjaya menambat hatinya, Amani bagaimanapun berkongsi gambar cincin pertunangan dengan menutup wajah lelaki tersebut.
“Tiba-tiba sahaja dah ada tunang. Syukur Alhamdulillah. One step closer, sampai bila-bila,” tulisnya di akaun Twitter miliknya.
Perkongsian itu turut dibanjiri dengan ucapan tahniah peminat termasuk rakan-rakan selebriti yang teruja dengan berita tersebut.
Antara yang menarik perhatian adalah komen penanyi Naim Daniel yang menawarkan diri untuk menyanyi ketika perkahwinan Amani dan lelaki yang digelar Encik Laju.
“Nak nyanyi nanti untuk awak dan Encik Laju,” tulis Naim ringkas.
Amani atau Sharifah Amani Syed Zainal Rashid Al-Yahya, 36, sebelum ini tidak pernah berkongsi perihal tentang hubungan cintanya secara terbuka.
Pelakon filem Sepet ini sebaliknya lebih selesa mengunci mulut apabila diajukan soalan berkaitan peribadinya.
Sumber: Mstar
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jgn Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut: