Berat sebenarnya ujian dan dugaan buat pasangan Izzue Islam dan Awin Nurin yang sudah sembilan tahun mendirikan rumah tangga, tetapi masih belum dikurniakan rezeki untuk menimang cahaya mata.
Pernah diuji dengan kata-kata kesat dan hinaan daripada masyarakat namun selebriti ini tetap teguh mempertahankan isteri tercinta meskipun wajah permaisuri hati pernah dimomokkan sebagai tidak cantik oleh mulut lancang daripada para wargamya.
“Jadi kami memang kena positif, macam mana cara kita jawab pertanyaan tu pun kena positif supaya orang tu tak rasa yang kita stress.
“Jangan tunjuk kat orang yang kita stress dan walaupun kami berdua belum dikurniakan cahaya mata, kami bahagia Alhamdulillah,” katanya.
Isteri dan pengurus kepada pelakon tersebut iaitu Nurinafilah Waharudin itu sudah bergelar sebagai isteri kepada selebriti berkenaan sudah selama hampir 9 tahun selepas hanya sekali lafaz diijabkabul pada 2013.
Meskipun berat sebenarnya ujian dan dugaan buat pasangan Izzue dan Awin yang sudah 9 tahun mendirikan rumah tangga, tetapi masih belum dikurniakan rezeki untuk menimang cahaya mata namun kemesraan yang ditampilkan oleh mereka nyata mengundang rasa gembira di kalangan para peminatnya.
Sumber:IG Awinnurin