Wanita yang kudung kedua belah tangan sejak lahir, Norfarrah Syahirah Shaari selamat melangsungkan pertunangan dengan jejaka dikenali sebagai Zul Roy di kediamannya di Bagan Datuk, Perak.
Menerusi perkongsian foto di laman Instagram, wanita berusia 34 tahun itu meluahkan kesyukuran semuanya berjalan lancar dan seterusnya melangkah ke alam perkahwinan tidak lama lagi.
“Alhamdulillah.. selesai majlis pertunangan,” katanya yang sering diundang bagi menyampaikan ceramah motivasi.
Foto yang dikongsi memaparkan seorang wanita dipercayai bakal ibu mentuanya memakaikan gelang kaki sebagai simbolik sudah mengikat tali pertunangan.
Sementara itu, terdapat juga foto Norfarrah Syahirah dan pasangan duduk di atas pelamin yang mengenakan persalinan sedondon berwarna hijau lembut dengan kapsyen ‘One step closer’.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen mengucapkan tahniah susulan berita gembira itu selain mendoakan dipermudahkan segala urusan untuk ke jenjang pelamin.
Sebelum ini, kisah Norfarrah Syahirah sentiasa menjadi perhatian ramai berikutan kecekalan dan semangatnya dalam menjalani kehidupan seharian sebagai Orang Kurang Upaya (OKU).
Antara videonya yang tular di media sosial adalah aksi memandu menggunakan kaki sehingga membuatkan netizen kagum dengan kebolehan luar biasa itu.
Sumber: Instagram & Facebook Norfarrah Syahirah
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih