Umum

Individu Ini Berjaya Rakam Senyap Senyap Apa Yang Chef Ammar Buat Ketika Ramai Org Beratur

Dulu kena kecam harga ‘Tel Aviv’, sekarang nasi Arab Chef Ammar laku teruk sampai terpaksa buat peraturan ketat pada pelanggan.

Selepas tular nasi beriani Chef Ammar Ali yang dikecam mahal seperti ‘Tel Aviv’, tak sangka pula kini makin ramai pelanggan yang beratur untuk mendapatkan menu nasi Arab lamb shank air tangan chef Ammar.

Bagaimanapun timbul pula isu baru apabila tular di media sosial satu video pembeli yang merungut tidak dapat membeli Nasi Arab susulan ia habis lebih awal walaupun ada yang telah beratur hampir 3 jam demi mendapatkan juadah tersebut untuk berbuka puasa.

Justeru itu, tukang masak asal Palestin itu memaklumkan bermula hari ini, setiap orang dihadkan untuk membeli 4 set sahaja.

“Sekarang semua yang datang nak beli sampai 15, 20, 25 pax. Saya faham ada yang beli untuk rakan satu tempat kerja, satu keluarga. Jadi seperti yang dibangkitkan, orang yang beratur di belakang tak dapat.

“Kami juga telah bercakap dengan pihak yang berwajib mengenai isu ini, dan mereka memberi pandangan dan nasihat. Menurut mereka, pelanggan tak boleh menyalahkan saya kerana perkara ini di luar kawalan saya.

“Jadi menurut mereka terpulang kepada pihak saya untuk membuat satu ketetapan atau solusi. Jadi mulai Rabu, setiap individu dihadkan untuk membeli dua pax kambing dan dua pax ayam… iaitu maksima empat pax. Ini peraturan dari kami demi berlaku adil kepada pelanggan,” katanya memetik mStar.

Menurut Chef Ammar, pihaknya akan letak kain rentang di bazar sebagai pemberitahuan kepada para pelangan mengenai ketetapan baharu itu.

Walaupun Sibuk Tetapi Solat Tetap Diutamakan

Satu video yang tular di sosial media tiktok dimana seorang individu ini telah pergi kebelakang gerai Nasi Arab Chef Ammar di Stadium Shah Alam.

Disaat dia sampai ke belakang, kelihatan Chef Ammar sedang menunaikan solat fardhu. Perkara ini mendapat pujian netizen kerana walaupun sibuk Chef Ammar tetap tidak lupa tunaikan kewajiban.

VIDEO:

Ada didalam komen dimana netizen pula mempersoalkan pelanggan yang beratur lamanya adakah mereka solat?

Sumber Video: iwanchannel05

Artikel: AwatttSyeikhh Network

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda

Continue Reading
Advertisement