Umum

Ini Kata Kata Sharnaaz Ahmad Selepas Keluar Dari Lokap Selepas 3 Hari Direman Kerana Tendang Pengawal Keselamatan

Baru baru ini tular di media sosial tentang seorang pelakon telah bertindak kasar dengan mengasari seorang pengawal keselamatan.

Difahamkan kejadian itu berlaku kira-kira pukul 8.30 malam pada Khamis lalu.

Mengesahkan perkara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Habibi Majinji ketika dihubungi Utusan Malaysia berkata, kejadian berlaku ketika suspek berusia pertengahan 30-an itu yang juga penghuni kondominium berkenaan meminta rakannya untuk membeli minyak masak.

Kata beliau, ketika rakan suspek hendak menghantar minyak masak kepadanya, pengawal keselamatan di kondominium berkenaan tidak membenarkan rakannya itu masuk.

“Berlaku pertengkaran mulut di antara kawan suspek dan pengawal keselamatan di situ.

“Suspek kemudian turun ke tempat kejadian dalam keadaan marah terus menumbuk dan menendang muka, dada dan perut mangsa,” katanya di sini.

Menurut beliau, mangsa kemudian membuat laporan polis sebelum Bahagian Siasatan Jenayah, Polis Daerah Sentul, memberkas suspek di kediaman sama malam.

Ini Kenyataan Sharnaaz Ahmad selepas keluar dari tahanan

Sharnaaz Ahmad memberitahu dia akan membuat sidang media dalam masa terdekat ini untuk menjelaskan perkara sebenar.

Menurut beliau sepanjang beliau ditahan, pihak polis telah menjaga dia dengan elok dan tiada apa apa yang buruk berlaku.

Beliau memberitahu apa yang dibuat dia yakin tidak bersalah. Perkara ini akan dibawa ke mahkamah juga.

Sharnaaz turut menyeru supaya jangan buat apa apa spekulasi dengan apa yang terjadi. Dia turut beritahu bahawa dakwaan dia menvmbuk adalah tidak benar.

Video:

Sumber : Utusan Online / HMETRO ONLINE

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement