Umum

Jgn cb4r ar4h4n ker4ja4n. TPM b3ri am4r4n kpd peng1l4ng yg mas1h berdeg1l.

Baru-baru ini ramai percaya peningkatan kes yang begitu mendadak berpunca dari sektor kilang yang dibuka secara meluas. Kebanyakkan kluster berpunca dari pekerja kilang dan merebak di tempat tinggal masing-masing.

Kerajaan sepatutnya mengutamakan program vaksinasi kepada sektor kilang dengan menyediakan peruntukan dan subsidi. Ini kerana kilang perlu terus beroperasi untuk memastikan ekonomi kita terus stabil dan merancakkan lagi ekonomi setempat.

Disebabkan banyak kilang tidak mampu menyediakan vaksin, syarat yang lebih longgar telah disediakan iaitu sekadar mematuhi prosedur operasi standard dimana ianya pasti sukar dipantau memandangkan operasi sesebuah kilang melibatkan beratus hingga beribu pekerja.

Terkini, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah memberi amaran keras kepada pengusaha kilang dan premis perniagaan yang masih berdegil melanggar prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara.

Beliau menerusi hantaran Facebook malam ini berkata, sebanyak 180 kilang serta premis perniagaan diarah tutup semalam (14 Julai) kerana gagal mematuhi arahan dan SOP ditetapkan.

“Jangan cabar arahan kerajaan, ini amaran saya kepada kilang dan premis perniagaan yang masih berdegil melanggar SOP. Rakyat lain boleh bersabar, kenapa masih ada pihak masih berdegil dan merupakan penyumbang utama.

“Saya berbesar hati kepada netizen, penduduk sekitar dan rakyat yang sentiasa memberi maklumat pada pihak berkuasa terhadap mereka yang rakus dan tamak ini,” katanya.

Sementara itu, Menteri Kanan merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Erdogan di Kompleks Presiden pada Rabu.

Semasa kunjungan hormat itu, Mohamed Azmin menjelaskan dalam mengukuhkan mandat berkaitan perdagangan, pemeteraian Deklarasi Bersama mengenai Perluasan MTFTA tersebut menandakan komitmen tegas untuk terus menerajui liberalisasi progresif apabila bentuk dasar perlindungan baharu dilaksanakan, jelas MITI.

Dalam pada itu, Mohamed Azmin turut menekankan komitmen Malaysia untuk membolehkan import dari Turki mengakses pasaran Malaysia, tambah MITI.

Dalam pertemuan itu juga, kedua-dua pihak bersetuju bahawa pengaturan perdagangan utama seperti perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) boleh berfungsi sebagai alat pelengkap untuk syarikat Turki melabur dan beroperasi di Malaysia, memandangkan mereka akan memperoleh manfaat daripada keutamaan yang diberikan dalam perjanjian tersebut apabila mengeksport ke ASEAN, Jepun, Korea, China, Australia dan New Zealand.

Pertemuan itu berakhir dengan nada positif apabila Edorgan dan Mohamed Azmin mengulangi keyakinan mereka bahawa Malaysia dan Turki akan terus memupuk dan memperkukuh lagi hubungan ekonomi, perdagangan dan pelaburan dua hala.

Continue Reading
Advertisement