TIADA kata yang dapat digambarkan oleh bapa kepada Allahyarham penyanyi Adibah Noor iaitu Mohd Omar Zainal Abidin atas pemergian anak ketiganya itu.Reda dengan takdir Allah, Omar yang kini berusia 89 tahun berkata dia langsung tidak mengetahui tentang penyakit k4.nser ov4.ri yang dihidap Adibah.
Bagaimanapun, Omar enggan bercerita lebih lanjut mengenai arwah anak perempuannya yang sudah tiada.
“Anak saya nombor tiga tu… kalau Tuhan nak pilih dia, nak ambil dia, ambil la. Saya tak tahu (Adibah k4.nser ov4.ri)… dia tak beritahu. Saya pergi hospital, dia tak beritahu pun.
“Dah la tu, tak payah cerita banyak, orang pun dah tak ada,” kata Omar kepada media.
Adibah Noor, 52, disahkan mningg4l dunia sekitar pukul 7.40 malam, Sabtu di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur selepas alami sesak nafas dan difaham sudah lama meng1dap k4.nser ov4.ri.
Saya Tak Tahu (Adibah k4.nser ov4.ri)… dia tak beritahu. Jenazah Allahyarham penyanyi lagu Terlalu Istimewa itu selamat dikebumikan di di Tanah Perkuburan Islam Taman Keramat Permai, Kuala Lumpur kira-kira pukul 11.30 pagi, Ahad.
Tidak mampu berbicara lebih panjang dengan keadaan tidak bermaya, Omar memberitahu anaknya sentiasa taat kepada ibu bapa dan Allah.
“Dia seorang anak yang taat. Kalau ada yang kata dia kedekut, terpulang pada orang itu. Saya tak ada apa nak cakap, tak boleh panjang cerita… tak larat,” ujarnya.
Terdahulu, rakan selebriti yang rapat iaitu Linda Onn mendedahkan Allahyarham seorang yang pemurah dan tidak pernah berkira dalam soal membayar makan ketika keluar bersama.
Malah, ramai rakan-rakan selebriti yang memuji keperibadian arwah Adibah yang dianggap seorang yang baik hati serta ikhlas dalam segala apa yang dilakukan.
sumber: mstar
Pihak tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman social ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Ya.