Umum

“Kami Tiga Beradik Dibuang..”- Anak Pengasas Dnars Dakwa Dikhlanati Bapa Tiri?

Kisah pemergian pengasas kosmetik Dnars Skincare iaitu Faziani Rohban Ahmad kembali menjadi perhatian ramai apabila ahli keluarga arwah menuntut siasatan lanjut dilakukan terhadap kematian Allahyarham.

Menurut laporan media semalam, ahli keluarga mengesyaki terdapat unsur lain terhadap kematian Allahyarham selepas terbabit dalam kemalangan di Pattani, Thailand tiga tahun lalu

Berikutan itu, pendedahan ahli keluarga termasuk anak perempuan Allahyarham iaitu Irdina Hakim Jasman kembali ‘dikorek’ netizen menerusi beberapa perkongsian video di aplikasi TikTok.

Salah satu video dimuat naik Irdina atau mesra dipanggil sebagai ‘Gegirl’ pada bulan lalu telah bercerita dengan ringkas mengenai situasi dihadapi adik-beradiknya selepas ibu mereka meninggal dunia.

Usahawan berusia 19 tahun itu mendakwa, mereka empat beradik seolah-olah dibuang oleh bapa tirinya, berbeza ketika hayat ibunya dimana empat beradik tiri lain turut dijaga Allahyarham.

Irdina bersama abang & adik lelaki

“Masa mami (arwah ibu) hidup, dia jaga lapan orang anak. Empat anak kandung empat anak tiri (bapa tiri dengan isteri lama). Atas sampai bawah termasuk anak tiri disaluti emas dan berlian, jenama mewah.

“Bila mami saya meninggal, kami dibuang dan dikhianati bapa tiri. Abang saya dipenjarakan, saya dihalau rumah dan adik saya tidak dijaga (seorang lagi adik perempuan dipercayai di bawah jagaan bapa tiri),” tulisnya.

Menerusi video berdurasi 11 saat itu lagi, Irdina turut mendakwa bapa tirinya sudah mula menjalin hubungan ‘skandal’ (yang kini isteri baru) ketika arwah ibunya masih hidup.

“At the end, dapat tahu bapa tiri skandal dengan bini baru dia daripada (sejak) Mami hidup. Betul orang cakap.. kebaikan belum tentu dibalas kebaikan,” ujarnya.

Terdahulu, kemalangan berlaku pada bulan Ramadan itu menyebabkan Allahyarham Faziani maut di lokasi kejadian, manakala suaminya mengalami kecederaan.

Lihat Video:

Syak Kem4tian Pngasas Dnars Ada Unsur Lain

Tiga tahun berlalu, keluarga pengasas produk kosmetik Dnars Skincare iaitu arwah Faziani Rohban Ahmad mahu siasatan lanjut dilakukan terhadap kematian Allahyarham yang meninggal dunia pada 18 Mei 2019.

Menurut laporan Harian Metro, tuntutan tersebut dilakukan selepas ahli keluarga tampil membuat laporan polis di Balai Polis Tumpat, tengah hari tadi kerana mengesyaki kematian Allahyarham mempunyai unsur lain.

“Selepas kematian Allahyarham, kami ahli keluarga melantik peguam untuk mendapatkan maklumat dan hasil dapatan peguam terbabit, mendapati kematian Allahyarham diragui.

“Kami mengesyaki kematian Allahyarham bukan disebabkan kemalangan semata-mata sebaliknya ada unsur lain yang menyebabkan kami tampil membuat laporan polis,” katanya.

Berikutan itu, mereka sudah memberi keterangan dan berharap pihak berkuasa boleh menjalankan siasatan selanjutnya.

Ketua Polis Daerah Tumpat, Asisten Komisioner Amran Dolah berkata, pihaknya mengesahkan tentang perkara itu dan akan ke Bahagian Perundangan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) kerana kejadian berlaku di Thailand.

Dalam kejadian pada bulan Ramadan itu, arwah Faziani meninggal dunia manakala suaminya Shah Rizal Ibrahim cedera selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Estima yang dinaiki terbabit kemalangan.

Difahamkan, Allahyarham yang ketika itu berusia 41 tahun dalam perjalanan ke sebuah pondok di Yala, Thailand bagi menghulurkan sumbangan.

Sebelum ini, adik Allahyarham iaitu Faizul Rohban mendedahkan bahawa arwah pernah menyatakan hasrat untuk bercerai sewaktu hayatnya sebelum terbabit dalam kemalangan tersebut.

Lepas 4 bulan kakak meninggal, suaminya ada wanita lain?

“Saya tidak berhujah tanpa fakta yang betul. 18.5.2019 kakak saya meninggal dunia. Lihat gambar di sebelah (kanan) tu tarikhnya bila. Kan saya dah kata cinta dah lama mekar

“Mungkin sewaktu kakak saya hidup lagi perkara ini terjadi. Sebelum kematian kakak saya, arwah pernah berkata kepada umi saya…

“…dan salah seorang kawan baik dia waktu itu yang dia ingin bercerai,” dakwa Faizul menerusi sebuah posting di laman Facebook.

untuk rekod terdahulu, Pengasas produk kecantikan Dnars Skincare, Faziani Rohban Ahmad meninggal dunia, manakala suaminya cedera selepas terbabit dalam kemalangan di Pattani, Thailand pagi tadi.

Faziani Rohban yang berusia 40 tahun maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah, manakala suaminya, Shah Rizal Ibrahim, 42, cedera.

Kemalangan membabitkan kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Estima yang dinaiki mangsa dan sebuah lori.

Adik mangsa, Faizul Rohban, 34, berkata dia menerima panggilan daripada abang iparnya memaklumkan kakaknya meninggal dunia akibat tersepit dalam kemalangan itu.

“Suami isteri berkenaan bertolak dari rumah mereka jam 8 pagi tadi di Wakaf Bharu dan dalam perjalanan ke sebuah pondok di Yala, Thailand untuk memberi sumbangan.

“Setakat ini saya hanya dimaklumkan mereka terbabit kemalangan dengan lori dan kini jenazah kakak berada di hospital.

“Kami masih terkejut dengan berita mengejut ini dan kami sekeluarga dalam perjalanan ke Pattani,” katanya ketika dihubungi.

Faizul berkata, kakaknya baru pulang dari Makkah mengerjakan umrah Rabu lalu dan selepas itu bertolak ke Jakarta, Indonesia untuk majlis berbuka puasa dengan anak yatim.

“Saya tidak sangka kejadian mengejut ini meragut nyawa kakak saya,” katanya.

Sumber: OMM

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jgn Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut

Continue Reading
Advertisement