Umum

Kanak2 Kayuh Basikal Sendirian Selepas DihaIau. Mak Ayah Sempat Pesan Kalau Kena Rg0l Jgn Salahkn Mereka

Sejak malam tadi tular seorang kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun didakwa dihaIau ibu bapanya sendiri ditemui di sekitar jalan raya menuju ke sebuah pasar raya di Setia Alam.

Kanak-kanak yang menunggang basikal sendirian dan membawa beg galas itu ditemui pukul 3.30 petang oleh sepasang suami isteri yang dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di kawasan berhampiran.

Menurut perkongsian seorang pengguna laman instagram, Faizbm berkata, kanak-kanak itu dalam perjalanan menuju ke rumah nenek di Batu Belah, Klang.

Katanya, ketika ditemukan didapati kanak-kanak sedang bersedih sebelum dibawa menikmati makanan di sebuah restoran makanan segera.

” Dalam perjalanan menuju nak balik rumah dekat area Taipan 1, Setia Alam, saya dengan wife nampak sorang budak perempuan kayuh basikal (jalan besar area Taipan 1) sambil bawak beg galas.

” Pastu potong lah dia tengok raut wajah sedih je. Jadi saya decide untuk berhenti tepi tunggu dia sampai ke arah saya.

” Tanya dia “nak pergi mana ni dik?” Katanya nak pergi rumah nenek dia dekat batu belah.

Dipendekkan cerita, menurut Faizbm kanak-kanak itu menyatakan kerap dimarahi dan didera oleh ibu bapanya sebelum nekad keluar daripada rumahnya di D’Kiara ( Puchong).

” Lebih menyedihkan, ibu bapanya memberikan ‘keizinan’ dan menemankannya turun sehingga keluar bilik pengawal rumah berkenaan,” katanya.

Lelaki itu turut menambah, kanak-kanak perempuan itu juga didakwa dibiarkan mengayuh basikal sendirian.

” Ibu bapa dia sempat berpesan sekiranya dir0-gol agar tidak menyalahkan mereka.

” Malah, ibu bapa kanak-kanak itu didakwa hanya akan membuat laporan polis sekiranya kehilangan anak,” jelasnya.

Tambah Faizbm lagi yang membahasakan dirinya sebagai ‘Abe’, dia bagaimanapun tidak dapat mengesahkan kesahihan cerita budak tersebut.

Malah beliau juga tidak sempat bertanyakan nama budak itu.

” Saya taktahu benar atau tak cerita budak ni (tak sempat tanya nama). Kalau betul cerita budak ni ya Allah memang awak KEJ4M!

” Dah marah, dah pukul, siap teman anak keluar dari rumah pastu awak boleh tengok je anak awak kayuh masuk jalan besar.

” Orang lain nak anak, kahwin 10,15 tahun tak dapat dapat anak, awak buang je anak awak macam tu? Tak kisah lah video ni viral atau tak, tapi saya rasa tindakan awak tak betul. Sebab budak ni kecik lagi dan taktahu mana nak pergi.

” Saya harap kalau “papa mama” budak ni tengok video ni ambil la iktibar.” akhiri Faizbm.

Perkongsian tersebut mendapat pelbagai maklum balas daripada pengguna lain di laman itu termasuk syazleenghz memaklumkan seorang kanak-kanak tidak akan menipu dalam pengakuannya.

” The truly is ( yang sebenarnya) budak-budak tidak pernah menipu dan tidak pandai menipu. So, i know (Jadi saya tahu) dia memang kena dera dengan parents (ibu bapa) dia,” jelasnya.

Selain itu, terdapat juga yang ingin mengetahui sama ada kanak-kanak itu selamat tiba rumah neneknya.

” Sekarang budak ini kat rumah nenek dia ke ? cuma hendak tahu dia selamat sampai sahaja,” kata pengguna Wadawawaa.

Sumber:k0smo dan IG Faizbm