Umum

Kau L4curkan Industri Buat Apa? Kami Tak Perlu Orang Macam Kau..”- Datuk Hattan

Umum mengetahui, ‘otai’ yang satu ini lantang bersuara, tegas dalam melontarkan pandangan dan teguran tentang apa sahaja perkara.

Ketika sebilangan besar rakan artis lain berdiam, memandang dari jauh dan hanya memberi pandangan ketika disoal media, Datuk Hattan ke depan, menegur dan cuba menggagalkan tindakan-tindakan pihak-pihak tertentu, yang cuba ‘berenang-renang’ dan mengotorkan industri seni.

Padanya, industri seni adalah lapangan untuk mereka yang berbakat, ada keazaman yang tinggi dan berkeinginan setinggi gunung menjadi penghibur sebenar dan berkualiti. Bukan ruang untuk ‘penjajah-penjajah’ kaya tidak berbakat untuk memanipulasi demi melariskan perniagaan mereka.

Hattan cukup pantang dengan orang sebegini. Dalam wawancara secara eksklusif yang diatur Mewah Event Management baru-baru ini, penyanyi bertaraf legenda ini memberi banyak teguran dan input berguna.

Memang kelihatan dia kecewa dengan apa yang berlaku sekarang. Baginya, si kaya raya ini tak perlulah sibuk nak jadi penyanyi, apatah lagi sekecil bakat pun tiada dalam diri mereka.

“Kau penghancur industri. You are not belong to the industry. Kenapa kau nak sibuk? Pergilah buat kerja kau. Kau lacurkan industri buat apa? Kami tak perlu orang macam kau.

“Tak kisah siapa pun. Memang tak ada siapa boleh halang dia orang ini. Tapi, kalau banyak sangat dah duit tu, kenapa tidak buka sahaja syarikat rakaman. Tolong bakat-bakat baru untuk naik. Kalau duit dah berjutakan, pergilah buat.

“Banyak sangat duit, lahirkan penyanyi-penyanyi baru. Sekurang-kurangnya terbuka juga peluang untuk bakat-bakat baru. Daripada untuk marketing, kaya itu untuk engkau saja,” luahnya.

Terus melontarkan teguran, Hattan nampak kesan buruk yang bakal berlaku kepada industri seni kita sekiranya ‘tangan-tangan’ ini terus mengotorkan.

Katanya, orang luar menilai dan memandang dari jauh. Persepsi mereka terhadap dunia hiburan negara kita akan terbentuk hasil pengamatan mereka di media sosial dan platform digital.
“Dia orang ini tak kisah pun. Jenis muka tebal. Tetapi, bila orang luar tengok, ini sahaja kualiti artis yang kita ada?

“Contoh, macam program nyanyian kita yang satu itu, Indonesia tengok tak? Ada juga yang tengok. Mesti mereka akan fikir, ini standard yang kau pilih? Alamak! Tak ada telinga kah orang Malaysia? Siapa malu? Kita. Mereka pandang rendah kita dari dulu lagi,” katanya.

Pada masa sama, Hattan juga menyentuh soal stesen-stesen penyiaran atau program-program televisyen yang meraikan ‘perosak-perosak’ industri, demi mengejar rating dan jumlah tontonan.

“Industri seni, lebih-lebih lagi penyiaran terlampau kejar content sangatlah. Sampai benda-benda yang tak sepatutnya keluar. Saya kecewa. Kita faham kau nak buat marketing, tidak nafikan itu. Tetapi banyak lagi cara lain.

“Contoh saya tegur sebuah program televisyen TV. Budak itu tak layak pun masuk. Kau masukkan dia sebab rating. Tolonglah. Benda bagus akan diperkatakan. Contoh kalau penyanyi itu menyanyi superb, outstanding. Mesti jadi sebutan.

“Tak payah nak buat content-content bodoh ini. Konon nak bagi impak. Apa yang jadi? Orang hentam adalah. Janganlah terlampau percayakan konsep good or bad, still marketing. Tolonglah. Janganlah yang negatif itupun engkau orang sapu. Ambil yang positif sahaja,” katanya.

Bagi anak jati Negeri Sembilan ini, sampai bila pun beliau akan terus bersuara. Tidak kiralah apa isu sekalipun. Sebagai selebriti, dia mahu gunakan apa yang dikurniakan Tuhan kepadanya untuk memberi kebaikan kepada masyarakat.

“Sebagai selebriti, kena menyampai. Jadi orang tengah untuk sampaikan sesuatu yang berfaedah. Bukan buat sesuatu untuk melariskan perniagaan, tidak.

“Contoh saya sentuh tentang prosedur operasi standard (SOP). Sekurang-kurangnya ramai ambil kebaikan. Ada yang bertanya ‘bro, bila nak bagi lagi benda-benda seperti itu.

“Saya saja nak kongsi. Daripada buat content tak berfaedah, mengharu birukan keadaan, peninglah,” ujarnya.

Tidak anti lagu indonesia

Apabila disoal, adakah dia benar-benar menolak lagu dan karya Indonesia. Dia menepis. Kata Hattan, dia bukan membenci lagu Indonesia.

Namun, dia kecewa apabila orang kita sendiri yang menganggungkan bakat luar dan memandang sepi artis tempatan.

“Saya bukan anti lagu-lagu Indonesia, tidak. Ada juga yang saya suka. Tetapi, jati diri kita kena kuat. Lebihkanlah artis-artis kita, karya-karya kita. Lagu-lagu kita bukan sedikit, beribu-beribu.

“Ini, asyik lagu luar keluar TV. We pay royalties for them buat apa? Penerbit tak peduli pun. Mereka hanya bergantung pada industri, untuk buat program dan sebagainya. Sebagai anak Malaysia, kaum Melayu. Kita harus ada jati diri untuk mempertahankan industri seni kita. Kalau tak ada begitu, susahlah,” katanya.

Dalam masa yang sama, Hattan menggesa agar penyanyi-penyanyi baru keluar dari zon selesa dengan tidak hanya bergantung kepada sebuah single, akan tetapi dengan satu album.

“Kita banyak bakat-bakat yang bagus. Tetapi ada satu masalah. Artis-artis kita kebanyakannya hanya tertumpu melahirkan single. Budak-budak ini nak pergi perang, tak ada peluru. Adalah, satu dua lagu. Takkan sebulan dua single? Mereka kena ada album. Ini yang saya maksudkan tadi, kalau ‘orang-orang’ itu ada banyak sangat duit, bantulah. Sokonglah industri. Cari bakat-bakat baru, buatkan album untuk mereka. Lima, enam lagu pun okey.

“Kita perlu didik balik benda ini. Sekarang banyak cara. Contoh, Carilah satu formula yang kita boleh jual secara pakej, 10 lagu. Kita tak ada cakera padat atau kaset lagi, tapi kita ada cara lain. Jadi buatlah benda itu. Barulah artis-artis kita boleh berkembang dan menjadi lebih besar,” tegasnya.

Sumber: Utusan

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jgn Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement