Umum

“Kpada Sebar Fltnah.. Ini Perbualan Saya dengan dia..” Buat Lap0ran diKedah, Bapa Aqish Dedah sesuatu

Seperti diketahui umum, pendedahan Puteri Balqis atau Aqish mengenai sikap ayah kandungnya di masa Iampau telah mengejutkan semua orang. Terdahulu, pelakon remaja berusia 15 tahun berkenaan diundang sebagai tetamu dalam satu program ‘broadcast’ di YouTube untuk berkongsi mengenai kisah hitam dalam hidupnya. Sejak itu, pihak berwajib juga sedia menawarkan bantuan agar bapanya disiasat selain diambil tindakan tegas mengikut prosedur undang-undang.

Kepada yang kongsi & sebar fitnah pasal bapa Balqis…ini perbualan saya dengan dia. Semalam status seorang pengguna Twitter mencuri tumpuan ramai susulan memuat naik tangkap Iayar perbualan mesej bersama seorang individu, dipercayai ayah kandung kepada Puteri Balqis. Menurut saudara Kamal Aziz, lelaki yang disapa sebagai GG menyatakan bahawa dirnya telah membuat laporan polis berhubung isu pendedahan pelakon remaja tersebut.

GG masih waras…wallahi memang tak terniat nak buat & katakan benda keji tu. Berdasarkan perbualan itu, GG menyatakan dirinya masih lagi waras dan tidak pernah berniat apalagi lakukan perbuatan terkutuk itu terhadap anak perempuannya sendiri. Walau bagaimanapun, dia enggan mendedahkan butiran lanjut mengenai laporan serta lokasi balai polls berkenaan. Polis sahkan bapa pelakon remaja perempuan ada buat laporan.

Baru-baru ini pula, pihak polls mengesahkan ada menerima laporan polls oleh bapa kepada pelakon remaja tersebut. Dia ingin menafikan semua dakwaan anak perempuan berhubung sikap buruknya dalam video yang telah viral sejak kelmarin. Memetik portal Harlan Metro lelaki berkenaan difahamkan telah membuat laporan tersebut di Balai Polis Bandar Baharu, Kedah pada semalam.

Semalam, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat bersedia memanggil pelakon terbabit jika ada laporan dibuat. Menterinya, Datuk Seri Rina Harun dipetik berkata, setakat ini, belum ada laporan rasmi diterima berhubung perkara itu, Menurutnya, sekiranya perkara itu benar berlaku, pihaknya akan memanggil pelakon terbabit serta bapanya untuk disiasat dan tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas mengikut Akta Kanak-Kanak 2001. Sumber Hmetro.

Continue Reading
Advertisement