Foto sekadar hiasan. Salam. Perkongsian dibawah asalnya disiarkan di laman FB KRT Fans pada bulan April yang lepas.
Perkongsian yang mendapat reaksi hangat dari kalangan pembaca disebabkan cara wanita ini melalui proses pencerraian dengan sangat tenang mendapat pujian ramai. Ikuti perkongsiannya dibawah.
Assalamualaikum semua. Aku nak ucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang beri kata-kata semangat dan yang mendoakan aku. Syukur alhamdulillah urusan percerraian aku berjalan lancar.
Dekat mahkamah, aku rasa setenang-tenangnya. Mungkin sebab doa kalian di malam nifsu sya’aban. Setitis air mata langsung tak tumpah.
Masa dalam bilik hakim, sebelum lafaz cerrai, hakim tanya sebab apa nak cerrai. Ex aku cakap sebab tak sependapat.
Lepas tu aku terus mencelah, kami dah tak sehaluan. Hakim tu tanya lagi apa punca tak sehaluan. Aku jawab sebab dah tawar hati. Hakim tu tanya lagi kenapa boleh tawar hati.
Aku pon cakap saya tak nak buka aib dia (ex). Hakim tu cakap dengan saya sorang. Lepas tu aku cakap je aku tak nak poligami.
(Padahal hakikatnya bukan itu yang sebenar, yang sebenar dia BUANG aku dan dia dah mengandungkan TUNANGAN orang).
Sempat lagi hakim tu perli dia “wa, hebat awak ye nak poligami” Hakim tu tanya da kahwin ke belum, Dia jawab belum. Suara dia time tu pelan je. Mata dia bengkak habis, dia menangis.
Selesai je lafaz cerrai. Masa aku melangkah keluar mahkamah, aku senyum je. Aku perasan banyak mata-mata yang kehairanan tengok aku.
Mungkin dari doa kalian aku kuat. Aku melangkah dengan senyuman dan tanpa setitis air mata.
Benar kata orang, kalau kita nak tenang, kita kena memaafkan orang. Aku dah maafkan segala apa yang orang dah buat kat aku.
Aku memaafkan orang, bukan untuk orang lain, tapi untuk ketenangan hati aku sendiri.
Alhamdulillah, aku mampu hadapi dugaan ini. Aku tak pernah bersemuka dengan perempuan tu, dan aku tak terasa pon nak jumpa dia. Aku tak terasa pon nak serang atau nak mengamuk.
Apa yang perempuan tu hadapi sekarang pon, dah cukup berat bagi diri dia, mengandung anak luar nikah, nak kene hadap malu pada keluarga, pada keluarga tunang. Biar Allah buat kerjaNya.
Siapa kita nak buat kerja Tuhan kan.. Diorang sangat bertuah, sebab Allah tak cabut nywa diorang saat sedang melakukan maks1at.
Setiap kali lepas solat, aku selalu berdoa, kalau Allah nak beri kifarah pada diorang yang menyakiti aku, biar lah balasan tu diatas dunia saja.
Kerana balasan di akhirat sangat dasyat dan penyesalan yang tak boleh di ampunkan lagi.
Aku tahu setiap apa yang berlaku ada hikmahnya. Kita kecewa bila manusia menyakiti kita, tanpa sedar Allah juga kecewa waktu kita melupaNya.
Sekarang dalam hati aku hanya Allah. Andai ujian ini bisa menarik aku ke syurga, aku redha.
Doakan aku bahagia bersama sepasang baby aku ya.. Doakan aku sentiasa istiqomah mengejar akhirat.
Perkongsian wanita ini mendapat reaksi pelbagai dari warganet. Terdapat juga warganet yang berkongsi pengalaman yang sama.
Lihat apa kata warganet selepas membaca perkongsian ini.
Fazia Rina –Waaa sama macam saya. Lepas hakim kata gugur taraf perkahwinan aku meleleh airmata gembira.
Aku senyum aku ketawa bahagia. Ketawa pelan2 je la. Rasa beban hilang kat bahu. Lega sgt2
Norlizayati Lz –Sama! Mak pesan kat aku jangan nangis. Tapi ex nangis. Dah tu bila naik Pejabat nak uruskan urusan selepas cerrai plak ustaz2 Ustzah dalam tu minta kami rujuk sbb diorg pelik tgk kami tak gaduh lgsung.
Aku memang minta pisah cara baik. Aku cuma nak dia bahagia dengan pilihan dia. Watpe nak paksa kalo org dah tak suka kan. Now aku bahagia dengan yang baru.
Semoga tak de yang jadi peny0ndol dalam rumah tangga aku dan semoga laki aku terhindar dari mengkhiianati aku.. Aamiin.
Asmah Suki –Semoga terus kuat yaa. Sama sis masa bicara di makhamah 1 air mata pun tak keluar. Semoga sentiasa kuat.
Jaga baby yang dalam kandungan smoga ada hikmahnya semua percaya laj. Kamu mesti kuat ok.
Nanna Schah –Bila perempuan dah betul2 tawar hati. Bila mana suami yang selama ni jd kawan kongsi susah senang suka duka, tapi kh1anati kpercyaan bini sendiri, cvrang.
Sanggup cari org lain untuk puaskan nfsu, tanpa suami tu pikir prasaan bini, anak2. Takkan selama nye boleh tenang la prsaan si suami tu.
Allah memang sntiasa dengar doa org teraniaya. Perempuan yang dah kering airmata, ko buatlah camne pon. Melutut merayu pon, dia tak kan balik lagi kat ko.
Untuk TT, sEmoga hari mendatang sis dengan anak2 jadi lebih baik, semoga sis dengan anak2 bhgia, dipermudahkn urusn dan diperluas rezeki. Amin..
Azuera –Tahniah sis. Selamat menempuh hidup baru. Sis tidak keseorangan kerana Allah ada bersama org2 yang sabar. Dan DIA tak kan bagi ujian melebihi batas kemampuan kita untuk menghadapinya.
Semoga terus cekal, tabah dan kuat semangat dalm membesarkan ank2. Anak2lah kekuatan sis skrg. Jangan lupe tuntut nafkah ank.
Jangan bagi bekas suami lepas tangan.1 hari nanti dia akan menyesali perbuatan dia yang tak tahu menghargai intan di depan mata dan memilih kaca.
Sumber : Kisah Rumah Tangga Fans