Umum

”Macam PA saya kene kuarantin. Tak fahamlah kenapa masih ramai tak percaya” – Elfira Loy.

Pelakon Elfira Loy menggesa orang ramai yang ingin keluar bersosial atau ke tempat awam supaya mengambil dos penggalak terlebih dahulu.

Elfira turut meluahkan rasa pelik apabila ada segelintir individu yang tidak percaya dengan laporan kes harian Covid-19 yang kembali meningkat dari hari ke hari.

Dalam pada itu, Elfira juga memaklumkan bahawa pembantu peribadinya juga sedang menjalani kuarantin.

Tetapi pelakon itu tidak menyatakan sama ada pembantu peribadinya itu disahkan positif Covid-19 atau menjadi kontak rapat.

Tiga hari lalu Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin menggesa individu berusia 60 tahun ke atas dan penerima dos lengkap vaksin Sinovac untuk mendapatkan suntikan dos penggalak sebelum 1 Mac depan.

Jika ada individu yang enggan berbuat demikian, status vaksinasi mereka akan bertukar menjadi tidak lengkap walaupun sebelum ini pernah menerima dos penuh vaksin Sinovac.

Khairy Jamaluddin berkata, berikutan itu individu terbabit tidak layak untuk menerima kemudahan yang diberikan kepada penerima dos lengkap vaksin COVID-19, serta berdepan dengan beberapa sekatan.

Sumber : Elfira Loy via GEMPAK

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Continue Reading
Advertisement