Umum

Mahu Cari Rezeki Berniaga di Bazar Ramadhan, Namun ini yg Berlaku kpd Kak Long 7E

Selepas mencetuskan pelbagai kontroversi, Wan Noor Baizura atau lebih dikenali sebagai Kak Long kini dapat menarik nafas lega apabila namanya semakin kurang menerima kecaman warganet.

Bercerita mengenai Ramadan tahun ini, wanita berusia 34 tahun itu sibuk berniaga makanan di sebuah bazar terletak di Dungun, Terengganu dan bersyukur dengan rezeki dikurniakan Allah SWT.

Kak Long 7E malu niaga di bazar sebab

     

Kak Long 7E malu niaga di bazar sebab

Ibu kepada dua cahaya mata itu berkata, dia mengambil dua tapak berniaga dimana suaminya membantu menguruskan bisnes produk kosmetik yang diusahakan.

“Baru-baru ini nama saya diboikot. Hasil jualan kosmetik saya menurun. Banyak saya rugi. Tapi saya tak berhenti solat hajat agar kes saya selesai. Saya harap Allah permudahkan semuanya sepanjang Ramadan ini,” ujarnya.

Sementara itu, Kak Long akui menyesal dengan kontroversi berlaku sekali gus cuba bagi memperbaiki akhlak sempena kedatangan bulan suci ini selain mahu memberikan fokus terhadap bisnes dan keluarga.

“Saya mengharapkan yang terbaik untuk Ramadan kali ini. Selepas kes viral, saya jadi trauma. Dalam bulan suci ini, saya nak dekatkan diri dengan Allah, moga kes-kes lepas tak berulang lagi.

“Niat saya nak berjaya, kemudian saya nak kongsi pula rezeki dengan orang lain. Kepada yang memberikan sokongan, saya doa semoga mereka diberi kesihatan yang baik.

“Saya tak akan lupa siapa yang tolong dan beri nasihat kepada saya. Saya nak buang yang keruh, ambil yang jernih. Segala nasihat saya akan ambil. Saya tak akan lupa dan sentiasa mahu cuba yang terbaik,” kongsinya.

Kak Long 7E malu niaga di bazar sebab

Terdahuli, wanita berasal dari Terengganu itu terkeanal selepas videnya memarahi pekerja di kedai serbaneka 7Eleven (7E) dan Kentucky Fried Chicken (KFC) tular hebat di media sosial.

Malah selepas menjadi tetamu undangan di TV AL-Hijrah, Kak Long sekali dikecam ramai apabila didakwa meniru gaya Orang Kelainan Upaya (OKU).

Kak Long 7E malu niaga di bazar sebab

Sumber: mStar Online (Mohd Izzat Mohd Khalizan)

Continue Reading
Advertisement