Umum

“Masa Kerja, Kerjalah! Kenapa Nak Makan Pulak?!” – Boss Makii Staff Lepas Tu Tendang Barang Secara Melampau Undang Kemarahan Nertizen

Sebagai peniaga/usahawan, sudah tentu siang malam berfikir bagaimana mahu mengaut keuntungan yang berganda. Lebih-lebih lagi di zaman ini di mana orang ramai kerap menggunakan media sosial dan peluang keemasan itu patut dimanfaatkan sebaik mungkin.

RAKAMAN VIDEO DI BAWAH SEKALI

Tetapi, entah ‘sifu marketing’ yang mana dan tidak bertauliah telah menurunkan ‘ilmu songsang’ kononnya ‘bad marketing is still marketing’, menyebabkan ada peniaga/usahawan yang mahukan jalan pintas untuk meraih followers menggunakan taktik murahan bagi mencapai kemahuannya itu.

                

“Walaupun sekadar content, ingat ya, malaikat tetap catit. Ingatan untuk diri saya juga,” kata Khairul Faizie.

“Kurang hajar betullah. Kalau nak buat content sekali pun, biarlah beradab sebagai muslimah. Ini dah macam *******g, boleh menyebabkan dosa berpanjangan bila orang sumpah seranah content macam ni. Ini semua poyo!” kata Ahmad Suffian.

'Kerja, Kerjalah! Kenapa Nak Makan?!' - Boss Makii Staff & Tendang Barang Secara Melampau Undang Kemarahan Netizen

“Sungguh pun content,  tapi kalau saya sebagai pekerja, esok tak datang dah sebab rasa terhina sangat. Tanpa pekerja, awak takkan berjaya. Ingat tu,” kata Dya Meena.

“Sepatutnya tunjuk contoh yang elok. Malu kalau bangsa lain tengok. Walaupun cuma lakonan, nampak tak elok sangat dan tidak sesuai dengan budaya kita yang saling menghormati. Tengok Bos James buat content, tak ada pula nak menjerit tak tentu hala kat staff dia. Netizen tengok pun tak serabut,” kata Adam.

TONTON VIDEO : KLIK LINK DI SINI

Sumber: Dapur Rizal

Continue Reading
Advertisement