Umum

Minta dibayar dengan beras, pelajar darjah lima ini tabah mengambil upah untuk cat meja.

Waktu-waktu getir ini, semua rakyat mengalami kesusahan tersendiri. Oleh itu, sebagai masyarakat prihatin dan penyayang, tidak salah jika kita saling membantu dengan cara kita tersendiri hingga dapat membuatkan mereka yang terkesan tersenyum kembali.

Pada masa-masa getir ini, setiap orang mengalami kesusahan mereka sendiri. Oleh itu, sebagai masyarakat penyayang, tidak salah jika kita saling membantu dengan cara yang dapat membuat mereka tersenyum lagi.

Datang kerja mengecat

Hal ini samalah seperti seorang pengguna TikTok dikenali sebagai FaeezSaleeh berkongsi video seorang kanak-kanak yang juga pelajar tahun 5 rajin mengecat meja selepas datang bertanyakan kerja yang boleh dilakukan untuk mendapatkan imbuhan.

@mfs_bengkelbesi

♬ original sound – Tanah Melayu – Tanah Melayu

Gembira dapat bawa balik beras

Namun begitu, apa yang mengejutkan pengguna TikTok berkenaan adalah jawapan kanak-kanak itu ketika ditanya sama ada dia mahu dibayar dengan wang atau pun beras.

Menurut FaeezSalleh, kanak-kanak tersebut memilih dibayar dengan beras dan selepas diberkan β€˜gaji’, dia kelihatan gembira pulang berjalan kaki sambil membawa sekampit beras hasil usahanya mengecat.

@mfs_bengkelbesi

dya mai buat kerja dgn kita,bguih budak nie..kita tya nak duit ka nak beras,dya kata nak beras😊😊😊#MFsBengkelBesi

♬ bunyi asal – Abeyie_Official πŸ‡²πŸ‡Ύ – Abeyie_Official πŸ‡²πŸ‡Ύ

Ucap terima kasih kepada semua

Disebabkan video yang dikongsikan di aplikasi TikTok itu tular, kanak-kanak tersebut yang dikenali sebagai Muhammad Hanif bin Zakaria itu mengucapkan ribuan terima kasih kerana memberikan bantuan dan juga sokongan untuknya.

Dia juga berharap agar masyarakat dapat mendoakannya mendapat rezeki yang halal untuk menolong keluarganya pada masa akan datang.

@mfs_bengkelbesi

Balas kepada @reilaidora_mira1 done video original

♬ bunyi asal – FaeezSalleh – FaeezSalleh

Semoga membesar menjadi anak yang berguna

Sehubugan dengan perkongsian itu, rata-rata netizen merasa sangat tersentuh dengan ketabahan dan kegigihan budak lelaki berusia 11 tahun itu.

Mereka juga memuji tindakan bijak budak tersebut dalam mencari peluang pekerjaan untuk menolong keluarganya dan mendoakan agar semua urusan Muhammad Hanif terus dipermudahkan, InsyaAllah.

Video Minta dibayar dengan beras, pelajar darjah 5 gigih ambil upah mengecat meja

Video Minta dibayar dengan beras, pelajar darjah 5 gigih ambil upah mengecat meja

Video Minta dibayar dengan beras, pelajar darjah 5 gigih ambil upah mengecat meja

Video Minta dibayar dengan beras, pelajar darjah 5 gigih ambil upah mengecat meja

Sumber: TikTok FaeezSalleh

Continue Reading
Advertisement