Seperti diketahui ramai, sejak kebelakangan ini pelakon Sharnaaz Ahmad dan Shila Amzah sering kali dikaitkan bersama dan ramai yang minta untuk mereka kembali bercinta.
Baru-baru ini juga, Sharnaaz ada memberitahu kepada media dia tidak menghalang orang ramai untuk mendoakan perkara baik berlaku kepada hubungan mereka dan turut berterus terang bahawa dirinya ada saja berbalas mesej bersama Shila.
Walau bagaimanapun, semalam adik kepada Shila iaitu Syada Amzah yang juga merupakan seorang penyanyi ada memuat naik satu ciapan seakan-akan tidak menyukai orang ramai mengaitkan nama kakaknya dan pelakon itu.
Di dalam ciapan tersebut, terlihat beliau seperti masih tidak boleh melupakan apa yang telah dilakukan oleh ‘lelaki’ tersebut kerana telah memanggil keluarganya dengan kata-kata kesat.
Biarpun tidak memberitahu untuk siapakah ciapan itu ditujukan, tetapi meninjau di balasan komen netizen, rata-rata sudah dapat meneka lelaki yang disifatkan sebagai biadap tersebut.
Dalam ciapan sebelum itu, Syada juga berharap agar ‘lelaki’ tersebut jauhkan diri dari keluarganya dan tidak menganggu mereka lagi.
Selain itu, kami kongsikan artikel berkaitan pada pautan di bawah.
‘Panggil mak saya pel4cur, kakak j4lang, keluarga barua’
Ibarat luka lama masih berdarah, adik kepada penyanyi Shila Amzah iaitu Syada Amzah tidak akan memaafkan individu yang pernah bersikap biadab terhadap keluarganya.
Kata Syada, atau nama lengkapnya, Nursyuhada Amir Amzah menerusi satu ciapan dalam Twitter, ada beza seseorang itu bersikap jujur dan biadab.
“Anda panggil mak saya pelacur, kakak saya jalang dan keluarga saya barua.
“Saya tidak akan pernah memaafkan untuk apa yang telah anda lakukan. Ada beza being real (jujur) dengan memang biadab,” ciap bekas peserta program realiti, Big Stage musim kedua itu.
Terdahulu, Sharnaaz mendedahkan kepada media bahawa dirinya tidak pernah menyimpan dendam terhadap Shila yang pernah menjadi kekasihnya suatu ketika dahulu.
“Kami tak pernah bermusuh. Saya cuma ada isu dengan ibu bapa dia,” kata Sharnaaz atau nama sebenarnya, Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad, 37.
Pelakon drama rantaian, Suamiku Encik Sotong itu juga memaklumkan tidak menolak andai jodoh dengan Shila kembali bertaut.
“Kita tak boleh menghalang orang mendoakan. Jadi, saya terima sahaja (doa).
“Yang tentukan hanya Allah. Terima kasih yang mendoakan, saya tak boleh ramal masa depan. Kalau ada, ada. Kalau tiada, kita nak buat macam mana. Pintu hati saya sentiasa terbuka untuk semua orang yang akan hadir dalam hidup,” katanya.
Sharnaaz pernah bercinta dengan Shila atau nama sebenarnya, NurShahila Amir Amzah pada 2011 hingga 2013, namun hubungan terputus di tengah jalan kerana tidak mendapat restu keluarga Shila.
Sharnaaz Akui Kembali Mesej Dengan Shila Amzah
Gara-gara terbuka memberi sokongan kepada Shila Amzah, 31, yang bertanding di Anugerah Juara Lagu 36 (AJL36) tempoh hari, pelakon popular, Sharnaaz Ahmad,36, sedar, ramai yang mengusik manja andai wujud kemungkinan dia akan kembali bercinta dengan penyanyi tersebut.
Kata Sharnaaz, sebagai manusia biasa, dia tidak mampu menghalang peminat dan pengikut untuk mendoakan hal yang baik pada dirinya namun percaya, di akhirnya urusan rezeki, jodoh dan ajal itu berada di tangan Allah SWT.
“Orang mendoakan yang baik, bukannya tak baik. Jadi kita terima sajalah. Tapi, yang nak tentukan itu adalah Allah SWT. Tapi terima kasih atas doa-doa yang baik itu.
“Cuma, kita tak boleh ramal apa akan jadi pada masa depan.Kalau ada, adalah. Kalau tak ada, nak buat macam mana? Saya akan ‘keep my windows open’(terbuka) kepada sesiapa sahaja.
“Saya tak berani nak janjikan apa-apa. Saya tak akan mengatakan tidak atau mengatakan ya. Serah pada Dia,” katanya semasa ditemui di restoran Cili Kampung, di sini, semalam.
Selain itu, ditanya mengenai kesediaannya untuk berbaik semula dengan keluarga Shila seperti suatu ketika dahulu, Sharnaaz ada jawapan sendiri.
“Tak tahulah. Kalau nak berdendam pun dah tua sangat dah kot,”katanya.
Selain itu, pelakon ini juga mengaku, selepas Shila berpisah dengan bekas suaminya, Haris Idraki Elias sekitar awal Februari lalu, mereka ada berhubungan menerusi telefon dan Sharnaaz banyak memberikan kata-kata semangat buat wanita tersebut.
“Terus-terang, kami ada saling mesej. Dia melalui fasa yang pernah saya alami, perceraian. Mungkin sesekali dia nak dapatkan pendapat dan kami berbual. Sebenarnya, daripada dulu kami tak pernah bermusuh.
“Saya cuma ada isu dengan ibu bapa dia saja, waktu itu. Tapi bagi saya, dah lama sangat dah. Nak berdendam pun untuk apa? Kami ada berbual dan dia ada bertanyakan bagaimana saya lalui pengalaman dulu sewaktu gagal dalam alam rumah tangga.
“Bagi saya, orang akan selalu bercakap dan hanya kita sahaja yang tahu diri sendiri. Hanya kita sahaja yang boleh buat diri sendiri bahagia. Nak bunuh semua kata-kata nista orang itu, buktikan dengan kejayaan,”katanya.
Dalam pada itu, Sharnaaz juga mengaku memberikan kata-kata semangat buat penyanyi itu sewaktu dia membuat persembahan di AJL36.
“Tapi bukan dia seorang sajalah, rata-rata yang bertanding pada malam itu pun adalah kawan saya juga. Saya doakan kejayaan buat mereka semua. Sebenarnya, kalau nak tahu, genre muzik yang dibawakan oleh Shila di AJL36 itu adalah genre sebenar yang dia paling suka.
“Sejak kami bercinta dulu, saya tahu, memang itulah dia. Shila cukup suka genre muzik seperti kumpulan Evanescence. Tapi biasalah, dulu ada tangan-tangan ghaib yang mengawal dia, jadi tak diberikan peluang itu.
“Tapi, tempoh hari, dia dapat peluang itu. Dia menyanyi dengan baik sebab benar-benar menjiwai. Akhirnya, kejayaan milik dia,”katanya.
Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Sumber: beautifulnara dan kosmo
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.