PELAKON dan usahawan Tya Ariffin terpaksa dimasukkan ke sebuah hospital di ibu negara selepas mengalami sakit kepala kronik. Tya atau Nurtria Wulandari, 28, memberitahu dia mengalami sakit kepala ketika berada di Manila, Filipina namun kesakitan itu tidak hilang setibanya di Kuala Lumpur pada malam Jumaat. “Kelmarin dari Manila, daripada pagi saya dah pening kepala membawa sampai ke Kuala Lumpur pada 7 malam, tetap sakit kepala. “Saya tahankan juga sampai rumah tetapi sakit tetap tidak hilang sampai tidak boleh tidur semalaman. “Semalam ambil keputusan untuk ke hospital dan bermalam,” katanya menerusi Instagram.
Tya turut berkongsi video memperlihatkan dia di atas katil wad dan ditemani oleh suami, Asyraf Khalid sambil mengusap kepala isterinya. Dalam pada itu, Tya memberitahu sedang menunggu keputusan daripada doktor selepas membuat pemeriksaan bagi mengetahui punca sakit kepala tersebut yang semakin teruk. Tya turut memohon doa daripada pengikutnya agar sakit kepalanya itu bukan serius dan dibenarkan pulang ke rumah. “Semoga boleh balik hari ini, dah janji dengan Arif nak tengok konsert pertamanya,” katanya. Tya berada di Filipina bagi menghadiri beberapa pertemuan dan mesyuarat dipercayai berhubung produknya, Jamu Mutyara.
untuk rekod terdahulu, menjayakan hasrat mengembangkan perniagaan di tanah air sendiri, pelakon Tya Ariffin sanggup berulang alik dari Malaysia ke Indonesia.Tya, 28, atau nama Nurtria Wulandari berkata, keputusan dibuat bukan saja untuk masa depan perniagaan tapi juga mahu membantu membina kehidupan masyarakat di sana.”Insya-Allah, perancangan ini kita akan mulakan awal tahun depan. Memandangkan saya pun ada keluarga di sini, jadi buat sementara waktu akan ulang alik dahulu. “Inilah pengorbanan yang perlu saya dan suami lakukan. Jika mahu berjaya dalam apa juga bidang termasuk perniagaan, kadang ada perkara kita perlu berkorban.
“Alhamdulillah, sepanjang perniagaan ini diusahakan kami berjaya membantu 40,000 wanita untuk mendapat peluang berniaga bersama saya. “Malah, ada yang memperolehi sasaran lebih dari RM1 juta selain kebanyakan daripada mereka sudah mendapat impiannya. Jadi, saya mahu membawa aura dan semangat sama ke Indonesia,” katanya. Menurut Tya juga isteri kepada usahawan Asyraf Khalid, perjalanannya sebagai usahawan dengan perniagaan yang dibina sejak 2018 itu turut berdepan cabaran tersendiri.
“Sepanjang empat tahun membina perniagaan jamu Mutyara di sini, diakui proses dan laluan tidak mudah. Pelbagai cabaran dan dugaan ditempuh.“Mana ada orang terus berjaya. Cuma, kita kena sentiasa berusaha dan yakin akan rezeki Allah SWT. Alhamdulillah, berkat sokongan suami, keluarga dan keluarga mentua jenama yang dibina kian dikenali dan semoga ia akan terus kukuh.“Sudah semestinya saya berharap perkara sama apabila Mutyara menjengah pasaran Indonesia nanti,” katanya.
SUmber – rentasasia