Umum

“Mulanya dia minta hantar ke balai..lepas itu tukar fikiran” Pemandu e-hailing k0ngsi cerita bertemu wanita menyerupai Zalina 6pagi

Pemandu e-hailing mendakwa pernah bertemu wanita menyerupai Zalina di Jalan Maarof, Bangsar.

BERITA kehilangan Zalina Azman yang tular sejak Isnin lalu semakin hangat diperkatakan apabila pelbagai pihak tampil menyalurkan makiumat dalam usaha mencari bekas personaliti televisyen TV3 berkenaan.

Ada pihak mendakwa melihat individu menyerupainya singgah di sebuah kafe di Seksyen 9, Shah Alam selain di beberapa lokasi lain seperti Seksyen 3, Taman Tasik Shah Alam dan beberapa lokasi lain.

Bagaimanapun, hasil siasatan dan semakan rakaman litar tertutup (CCTV) oleh pihak polls mendapati wanita yang dikatakan Zalina itu ialah seorang gelandangan.

Sahabat baik Zalina, Senator Datuk Ras Adiba Radzi turut melakukan misi selama dua hari berturut-turut mencari dan cuba menjejak Zalina di sekitar Shah Alam namun usaha itu masih belum mendatangkan hasil.

Terbaharu, seorang pengguna Instagram yang dikenali sebagai Nadhir Agito mendakwa pernah bertemu dengan seorang wanita menyerupai Zalina di Jalan Maarof, Bangsar, Kuala Lumpur.

Pada Khamis, poIis mengesahkan kelibat wanita mirip Zalina adalah gelandangan.

Menceritakan perkara itu, Nadhir yang meninggalkan komen di Instagram Senator Datuk Ras Adiba Radzi mendakwa, ketika itu dia sedang bertugas sebagai pemandu e-hailing dan terserempak dengan seorang wanita menyerupai Zalina sekitar pukul 6.45 pagi.

“Pada mulanya saya tidak dapat mengenal pasti disebabkan badannya yang kurus dan ketinggiannya rendah. Selepas melihat perkongsian you (Ras Adiba) dengan dia, ya saya berani dan yakin itu memang Zalina Azman.

“Saya pemandu Grab dan terserempak dengannya ketika waktu Subuh. Dia datang dekat kereta saya untuk minta bantuan namun dia kelihatan keliru tentang apa yang dia inginkan,” tulisnya di ruangan komen Instagram Ras Adiba.

Nadhir juga mendakwa berdasarkan pemerhatiannya, wanita mirip Zalina itu kelihatan seperti mengalami masalah amnesia dan mudah lupa.

Berkongsi lanjut mengenai perkara itu, Nadhir berkata, dia ada menawarkan bantuan untuk menghantarnya ke balai polis namun individu itu menolak.

Pengguna Instagram berkongsi kebarangkalian bertemu Zalina di Bangsar.

“Pada awalnya dia minta saya menghantarnya ke balai poIis tetapi selepas itu dia macam menolak, tukar pula hendak pergi makan kerana lapar.

“Memang tangannya kelihatan menggigil. Saya cuba membantunya dengan mengambil gambarnya, tetapi dia menolak kerana berfikir saya akan melakukan perkara burbk kepada dia,” tambahnya.

Jelas Nadhir, tujuannya ingin mengambil gambar wanita itu kerana ingin memuat naik di laman sosial agar viral supaya keluarganya dapat mengetahui keberadaannya.

Pada macam Isnin lalu, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam memaklumkan kehilangan seorang wanita berbangsa Melayu bernama Zalina Shaharah Azman berusia 58 tahun.

Fizikal Zalina disifatkan sebagai berkulit hitam manis, bertubuh kecil selain alamat terakhirnya di Seksyen 3, Shah Alam, Selangor.

Zalina dilaporkan hilang sejak November tahun lalu.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. lqbal Ibrahim memberitahu anak lelaki personaliti itu,membuat laporan tentang kehilangan ibunya sejak 29 November tahun lalu.

Laporan itu dibuat selepas pengadu gagal mencari dan menghubungi ibunya sejak 24 November 2021 bagi memaklumkan bapa Zalina dimasukkan ke hospital.

Carian di kediamannya sebelum itu mendapati keadaan rumah tidak tersusun selain menemui beg duit yang mengandungi kad pengenalan, lesen memandu, kad bank, kad kresit, kunci kereta serta wang tunai RM600.

Sehubungan itu, IPD Shah Alam menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat supaya menyalurkan info kepada pegawai penyiasat kes, Sarjan Sabturia Lorong atau Balai Polis Seksyen 6 Shah Alam di talian 03-5519 4622.

Zalina sebelum ini cukup terkenal sebagai pembaca berita program Money Matters yang bersiaran di TV3.

Sumber : mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jgn Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement