Pelakon dan usahawan, Fizo Omar memaklumkan isterinya selamat melahirkan cahaya mata pada hari ini jam 12.39 minit tengah malam di sebuah hospital swasta di Seri Kembangan, Selangor.
Berita gembira tersebut dikongsikan oleh pelakon itu menerusi satu hantaran di Instagram yang melihatkan gambar butiran isterinya, Fazeera Nazri Azrai dan bayi perempuan mereka.
Menerusi kapsyen, pelakon berusia 37 tahun itu meluahkan kesyukuran atas kurniaan zuriat tersebut dan berterima kasih atas doa orang ramai, selain memberitahu bayi tersebut
lahir dua minggu lebih awal dari tarikh jangkaan.
“Alhamdulillah, satu lagi anugerah terindah dari Allah. Isteri saya selamat melahirkan seorang bayi perempuan 2 minggu lebih awal dari EDD (anggaran tarikh kelahiran).
“Ibu dalam keadaan selamat dan bayi comel,”tulis Fizo.
Pada masa yang sama, pemilik nama Wan Hafizol Wan Omar turut mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak pengurusan Hospital Andorra atas layanan hospitaliti yang mesra.
“Terima kasih kepada @andorrahospitalofficial atas layanan hospitaliti yang baik dan mesra. Kami sangat gembira dengan keramahan kakitangan, tim yang menyambut kelahiran yang sangat prihatin dan membantu segala keperluan terutamanya terhadap ibu dan bayi.
“Terima kasih istimewa kepada @drkhamsiahmudaofficial kerana sentiasa bersama kami sepanjang perjalanan kehamilan dan kelahiran bayi.”luahnya di laman Instagram.
Rata-rata rakan artis dan pengikut turut tumpang gembira mengucapkan tahniah atas kelahiran cahaya mata Fizo dan Fazeera yang menyerikan lagi rumah tangganya mereka bersama.
Kenal setahun terus kahwin’ – Fizo Omar
Pelakon Fizo Omar hanya berkenalan dengan isterinya, Fazeera Nazri Aziz selama setahun sebelum mengambil keputusan untuk berkahwin pada 21 Oktober lalu.
Fizo berkata, Fazeera adalah seorang pramugari yang berpangkalan di Doha, Qatar sebelum ini.
“Sebenarnya kami baru kenal setahun. Dia adalah pramugari di Doha sebelum ini dan pulang ke tanah air ketika PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) lalu.
“Dalam tempoh PKP kami terjumpa di suatu tempat dan ketika itulah bibit perkenalan bermula dan bercinta,” katanya berkongsi perkara berkenaan dalam sesi soal jawab di Instagram Story.
Menurut Fizo, dia bersyukur kerana hubungan mereka mendapat ‘lampu hijau’ daripada puteri tercintanya, Wan Maryam Wan Hafizol, 4.
“Apa yang paling penting Maryam okey dengan dia,” katanya.
Pada 21 Oktober lalu, Fizo melangsungkan pernikahan dengan bekas pramugari, Fazeera Nazri Azrai, 25, yang diadakan secara tertutup di Bidaisari Resort, Janda Baik, Pahang.
Fizo atau nama sebenarnya Wan Hafizol Wan Omar pernah berkahwin dengan usahawan, Mawar Karim pada November 2013 namun bercerai pada 10 Julai 2019.
Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan seorang anak perempuan Wan Maryam.
Sumber: Obulan
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jgn Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut: