Umum

“Panjang Ikan siakap dari jari kelingking hingga siku”-Benda dah tersebar, Pelanggan ini tampil bagi cadangan kat tuan kedai

Baru-baru ini tular di Facebook perkongsian seorang lelaki yang mendakwa ‘terkena’ apabila harga ikan siakap dipesannya di sebuah restoran di Langkawi begitu mahal.

Menerusi perkongsian Mohd Faris, dia perlu membayar RM 1,196 hanya untuk harga ikan siakap seberat 7.4 kilogram.

Disebabkan harga ikan tersebut yang begitu mahal, dia kemudian terpaksa membayar bil keseluruhan sebanyak RM1,852.50 dan jumlah itu termasuk dengan harga ikan berkenaan.

Pelanggan lain tampil

Tidak lama kemudiannya tampil seorang lagi pelanggan yang mendakwa dia turut berdepan dengan perkara sama.

Menurut Lyza Saat, dia terpaksa membayar bil berjumlah RM1,738 dimana harga bagi seekor ikan siakap sahaja sudah mencecah RM846.40. Manakala harga ikan siakap merah pula RM305.80

Mengulas lebih lanjut, Lyza mendedahkan dia sudah dimaklumakan yang ikan yang dipesannya agak besar. Menjangkakan ikan tersebut mungkin seberat 2kilogram seperti di kedai Tomyam lain, dia bagaimanapun terkejut sebaik ikan itu dihidangkan di meja mereka.

Dalam pada itu, Lyza juga memberi beberapa cadangan kepada pemilik kedai untuk tujuan penambah baikan

Tapi dia tak cakap besar tu hampir 6 kg

“Dalam menu tu ade la tulis RM18 dkt tepi-tepi ikan tu, sis tny apa ni? Dia ckp harga untuk 100g ikan. Jadi sekilo dalam RM180. Kami pun pesan 2 ekor ikan. “Dia cakap ikan siakap tu besar, ok lah kan 10 orang makan. Tapi dia tak cakap besar tu hampir 6kg! Aku ingat standard la ikan besar dlm 2kg macam kita dok makan dekat KL.
“Selalu aku akan tanya besar tu besar mana. Memandangkan dah ramai, so aku rasa ok la. Ikan besor makan ramai2. Rupanya besar tu besar gajah. Gila ke? Sampai hati ko ketuk orang mcm tu skali. Patutnya inform la ikan ni besar ni, berat ni, so dlm RM sekian-sekian”

Tiada langsung beritahu itu ikan pameran
Dia bagaimanapun menjelaskan kes mereka adalah sedikit berbeza dari kes yang tular awal dimana pemilik kedai tidak ada memaklumkan bahawa ikan tersebut adalah ikan pameran.

“Kes kami berbeza sikit dari kes yang tular tempoh hari. Memang dia (owner) tiada maklumkanl lansung yang ikan tu adalah ikan pameran yang boleh buat sarkis. Dia cuma cakap ikan tu besar.

“Aku mmg tanya harga, dia ckp rm18 per 100g.So aku bajet boleh pegi RM600-RM800, tapi dia tak cakap pulak ikan yg nak kasi kitorg tu dekat 5kg. Paham? ” katanya lagi

“Panjang Ikan siakap dari jari kelingking hingga siku”-Benda dah tersebar, Pelanggan ini tampil bagi cadangan kat tuan kedai

Sudah buat laporan pada KILIM

Menerusi perkongsian sama, Lyza turut memaklumkan yang dia sudah membuat laporan kepada pihak KILIM berhubung insiden tersebut.

Dia bagaimanapun menjadi lega apabila pihak KILIM memaklumkan akan menyiasat dan mengambil tindakan terhadap aduan tersebut.

“Tambah lagi drama, kitorang juga dah buat laporan .Tunggu ya korang. Saya takkan meratap nasib sahaja kerana ini akan memburukkan nama Langkawi. Jadi selepas dapat tahu yang mereka akan ambil tindakan saya rasa lega” katanya lagi.

Turut dikongsikan seorang lagi rakan

Perkara sama turut dikongsikan seorang lagi rakannya, Niena ZM di akaun Facebooknya.

Tegas Niena, perkara tersebut sememangnya dapat dielakkan sekiranya pihak restoran berterus terang dan tidak berselindung dari awal mengenai saiz dan harganya.

“Secara logiknya, kalau dia bagitahu orang berapa size ikan dia with the price per gram dia letak, orang ramai akan buat keputusan sama ada untuk teruskan pesanan atau tidak.

“Sepatutnya org kedai boleh jelaskan dahulu, dan semasa kami order tu pun sebenarnya logiknya orang kedai dah boleh anggarkan harga yg di-order.

“Kalau betul berniaga telus, sepatutnya staff tu bagitau, ‘kak ikan kedai kami bukan mcm ikan biasa tau, akak pasti ke’, contohnya.

Tapi ni dengan rasa tak bersalahnya siap tanya lagi, tak nak tambah lobster ke kak. Selagi boleh perah mmg perah ye? Siapa yang pegi tgk pokok bakau bawak duit ribu riban standby utk pegi makan? Basic Common sense.

Tidak tunjuk ikan

Paling penting menurutnya ialah pihak restoran langsung tidak menunjuk ikan seperti kebiasaan kedai lain.

“Kami tidak ditunjuk ikan. selalu kita pegi makan ikan bakar dia akan bawak ikan timbang depan mata kan? TIADA. Selalu bila kita tny size ikan, dia akan terus bawak pegi tgk atau timbang kan, ni dia macam tak nak bg kita tengok just cakap mulut dan tunjuk anggaran size ikan pakai lengan

“Panjang Ikan siakap dari jari kelingking hingga siku”-Benda dah tersebar, Pelanggan ini tampil bagi cadangan kat tuan kedai

Berikut reaksi dari netizan

“Suruh pelanggan pilih ikan mana dan nak masak apa..timbang ikan tu dan bagi bill..dia bayar ko masak..dia tak mampu bayar ko bagi taugeh sorang satu .apa yg susah naw..jadi takde lah kes pelanggan terkejut beruk dan bertukar warna hijau bila tgk resit..yg payah nk buat camni kot ada udang sebalik mee..ko caksp ikan besar berapa kilo pun pelanggan sesetengahnya bukan tau agak..sekali mai saiz ikan paus..letih letih”

“Panjang Ikan siakap dari jari kelingking hingga siku”-Benda dah tersebar, Pelanggan ini tampil bagi cadangan kat tuan kedai

sumber: mstar via kecohape