Umum

Polis Terus Pergi Rumah SamsengJalanan Yg PecahKereta Gadis. Ini Kenyataan Ketua Polis Selepas Mereka Sampai Rumah Lelaki Itu

Polis sedang mengesan seorang lelaki yang memecahkan cermin kereta dan mengugut pemandu wanita di Simpang Empat Limbat, Khamis lalu.

Video berada di bawah artikel

Polis turut melakukan serbuan di rumah suspek di Nilam Puri pada jam 2.30 pagi tadi namun lelaki berusia lingkungan 40-an itu tiada di kediaman dipercayai melarikan diri.

Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, dalam kejadian 5.45 petang Khamis lalu, mangsa berusia 35 tahun memandu Perodua Axia berseorangan di Simpang Empat Limbat.

“Kenderaan mangsa dihimpit Toyota Vios yang dipandu suspek tidak dikenali.

“Secara tiba-tiba suspek menghalang laluan mangsa dan berhenti di tengah jalan. Suspek kemudian menghampiri kereta wanita itu lalu memecahkan cermin serta mengugut mangsa.

“Suspek sudah dikenal pasti dan pihak Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Daerah (IPD) Kota Bharu dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan menjalankan pemeriksaan serta serbuan di kediaman suspek di Nilam Puri namun lelaki itu menghilangkan diri,” katanya menerusi kenyataan media di sini, hari ini.

Terdahulu dua rakaman video masing-masing berdurasi dua minit 16 saat dan 36 saat mengenai kejadian itu tular di media sosial sejak semalam.

Muhamad Zaki berkata, usaha mengesan suspek sedang digerakkan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan (KK), Seksyen 279 KK dan 427 KK.

“Jika sabit kesalahan, boleh dipenjara selama tempoh enam bulan atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya bagi kesalahan memandu dengan berbahaya dan hukuman penjara selama dua tahun atau dengan denda atau dengan kedua-duanya bagi kesalahan khianat harta benda.

“Bagi kesalahan mendatangkan ugutan jenayah, jika sabit kesalahan, boleh dihukum penjara selama tempoh sehingga tujuh tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali.

“Sehubungan itu, kami mengingatkan orang ramai supaya tidak bertindak mengikut perasaan tanpa pertimbangan yang sewajarnya dan tindakan tegas akan diambil jika perkara itu mendatangkan ancaman kepada individu yang lain,” katanya.

VIDEO:

Sumber : HMETRO ONLINE

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement