Ejen jualan kosmetik, Rosnazirah Mohd Naim yang berjaya diselamatkan polis selepas diculik sekumpulan lelaki pada 13 September lalu di rumahnya di Tumpat, sesekali dilihat termenung dan menangis seolah-olah terkenang pengalaman ketika dalam tahanan sebelum ditenangkan ahli keluarganya. Difahamkan, wanita berusia 36 tahun itu tiba di Kelantan pada awal pagi hari ini dan keselamatannya dipantau pihak berkuasa
Sesekali Dia dilihat termenung dan menangis seolah-olah terkenang pengalaman ketika dalam tahanan sebelum ditenangkan ahli keluarganya.
Sebaik keluar dari kereta, wanita itu yang mengenakan blaus warna biru gelap terus menerpa kedua ibu bapanya yang menunggu di pekarangan rumah dan menangis. Menurut Muhammad Zaki, mangsa mungkin mengalami tekanan emosi dan pihaknya sudah menjalankan sesi kaunseling bagi mengurangkan tekanan perasaan yang dialami mangsa.“Kes penculikan ini mendapat liputan meluas dan kita dengan bantuan semua pihak berjaya menyelamatkan mangsa dan membawanya pulang ke pangkuan keluarga dalam keadaan baik.
“Soal keselamatan mangsa selepas ini, keluarga perlu adakan perbincangan mengenai apa langkah seterusnya kerana tidak semestinya bergantung kepada pihak polis semata-mata.” katanya. Media sebelum ini melaporkan, Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani memaklumkan Rosnazirah berjaya diselamatkan susulan kedudukan mangsa berjaya dikesan hasil bantuan dan kerjasama erat antara pihak berkuasa Thailand dan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
Beliau berkata, melalui kerjasama erat itu Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Polis Diraja Thailand serta perkongsian maklumat dan perisikan berjaya mengenal pasti lokasi keberadaan wanita itu di Thailand.Mangsa dibawa pulang ke tanah air Khamis lalu dan seramai tujuh lelaki tempatan ditahan dalam kes berkenaan di tiga negeri iaitu Kelantan, Selangor dan Kuala Lumpur.
Dalam kejadian pada 13 September lalu, Rosnazirah dilarikan sekumpulan lelaki dengan menaiki kereta jenis Toyota Vios. Terdapat penduduk memaklumkan melihat mangsa dibawa menaiki bot ke Thailand sebelum kereta terbabit ditemui pada 10 malam.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih