Umum

Risau beratur lama tak dapat, wanita ini sanggup beli nasi Chef Ammar dari “Reseller”, Harganya jadi bualan ramai

Sebelum ini, isu harga nasi arab dari air tangan Chef Ammar jadi bualan hangat.

Walaupun harga nasi arab mandy dari chef itu ma’hal, ia semakin mendapat sambutan ramai sehinggakan ramai orang sanggup beratur panjang dan lama untuk membelinya.

Sekali lagi, i’su berkaitan Chef Ammar mendapat perhatian iaitu terdapat segelintir individu sanggup menjadi reseller kepada nasi arab itu.

Walaupun harga agak ma’hal (RM65) dari harga yang dijual dari Chef Ammar (RM50), dengan perbezaan RM15, ia tetap mendapat sambutan

Risau beratur lama tapi tak dapat

Selain itu, terdapat juga pelanggan yang ri’sau jika tidak dapat membeli nasi arab, selepas penat lelah beratur panjang.

Makan tidak hairanlah mereka sanggup beli pada harga yang lebih ma’hal sedikit asalkan dapat merasa air tangan chef itu.

Video perkongsian jual beli nasi arab itu berjaya meraih tontonan sebanyak 679.1K, 30.4K dan hampir 1k komen.

@a.xyuuu

Beli dgn Chef Ammar ❌ Beli dgn reseller ✅ Sbb ghisau beratur lama-lama nnti tak dpt #bukapuasa #lambshank #chefammar

♬ DJ MARHABAN YA RAMADHAN – Risky Chici Remix

Respon netizen

Video yang dikongsikan ini turut mendapat respon dari netizen yang beranggapan tindakan individu tersebut bukanlah satu perkara yang tidak baik kerana mereka tidak memotong barisan orang lain.

Ali Alfamia : upah beratur tak salah pun. Janji pembeli bersetuju.


Encik Mimpi: reseller ni mcm personal shoper la. caj servis dia beratur. klo rasa mahal, boleh beratur. reseller ni target org malas beratur. aku rasa berbaloi je.

Leeya dhia: aku rela bayar ma’hal dr kena beratur

Mungkin ini lah juga sebab mengapa Chef Ammar hanya menghadkan pembelian maksimum sebanyak 4 bungkus sahaja untuk setiap seorang pelanggannya.

Kredit: TikTok

Continue Reading
Advertisement