Meskipun segala macam persediaan sudah dibuat beberapa bulan sebelumnya, baik pengantin lelaki ataupun wanita memang tidak dapat lari daripada perasaan gemuruh dan teruja sewaktu akad nikah. Lebih-lebih lagi apabila diperhatikan oleh ramai ahli keluarga, sekali gus mengundang kejadian atau aksi yang tak disangka berlaku.
Kahwin dengan nurse…’abam’ tentera terbuat lawak masa akad nikah
Terdahulu, seorang jururawat dikenali sebagai Rysaa ini selamat diijab kabulkan dengan jejaka pilihannya yang juga merupakan seorang anggota tentera pada 14 Mei lalu. Namun di sebalik perkahwinan itu, ada satu kejadian yang sangat mencuit hati telah berlaku semasa sesi akad nikah.
Dah tunjuk dahi isteri, tapi pengantin nak kucup tempat lain…mak kat sebelah pun stres tengok
Jelas kelihatan agak nervous, belum apa-apa lagi pengantin dah buat lawak ketika disuruh kucup dahi isterinya sebagai tanda batalkan air sembahyang. Selepas betulkan posisi badan serta beberapa kali dilap mulutnya, suami Rysaa seolah-olah laju meluru ke arah lain pula.
Paling kelakar, si ibu yang berada di sebelah juga terkejut dan stres melihat ragam anak lelakinya.
video lain dibawah :
Patutlah lap mulut, ke situ terus nak dikucupnya…gelojoh sangat tu bang, slow slow kayuh
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan aksi ‘gelojoh’ pengantin tersebut. Tidak ketinggalan, mereka turut berkongsi pelbagai detik lucu yang terjadi disebabkan terlalu nervous menjelang hari pernikahan masing-masing.
Secara keseluruhannya, klip video berdurasi 30 saat itu telah meraih lebih 600 ribu jumlah tontonan setakat ini di aplikasi TikTok.
Lihat video ini :
Kredit : TikTok rysaa99
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.