Umum

“Saya akui jahil, kesal…”-Pemuda biadap hina kemat1an Adibah Noor mohon ma4f

Baru-baru ini kecoh di media sosial apabila terdapat seorang pengguna dikenali sebagai Ibnu Ahmad Ar-Rayyan mempertikaikan pemergian penyanyi Adibah Noor dalam keadaan tidak menutup aurat.

Bukan setakat dikecam, malah beberapa keping gambar peribadinya, termasuklah tidak memakai baju dan hanya menutupi badan dengan sehelai tuala yang terdedah pada bahagian pusat (aurat lelaki) ditularkan oleh ramai.

Ibnu Ahmad mohon maaf kepada semua

Terbaru, pemuda itu tampil membuat permohonan maaf secara terbuka menerusi hantaran di Facebook miliknya.

Menerusi hantaran tersebut, dilihat Ibnu meminta maaf kepada seluruh keluarga Allahyaharmah Adibah Noor dan semua pihak yang tersinggung dengan komennya beberapa hari lalu.

“Di sini, saya ingin memohon jutaan ampun dan maaf kepada seluruh ahli keluarga almarhum Adibah Noor khususnya dan semua rakyat Malaysia serta peminat di atas komen saya di Harian Metro tempoh hari,”tulisnya.

Ibnu Ahmad akui diri jahil dan kesal dengan komen yang ditulis

Malah, pemuda itu mengakui kesilapan yang berlaku itu sebenarnya berpunca dari kejahilannya sendiri, selain meluahkan kekesalan kerana meninggalkan komen seperti itu.

Pada masa yang sama, dia turut berjanji tidak akan mengulanginya pada masa akan datang dan mendoakan agar roh allahyarhamah figura itu ditempatkan dikalangan para solehin.

“Saya akui perkara ini atas kejahilan saya sendiri dan saya amat kesal di atas kekhilafan diri.

“Saya berjanji tidak mengulangi lagi di masa hadapan, InsyaAllah”tulisnya lagi.

Kalau netizen tak korek gambar dia tu, jangan haraplah nak minta maaf

Pun begitu, ramai mengkritik permohonan maaf pemuda itu kerana ia dikatakan baru insaf selepas semua aibnya disebarkan satu per satu oleh netizen.

Mereka mengatakan sekiranya netizen tidak melakukan kerja mereka dengan membongkarkan gambar pemuda itu, belum pasti dia akan membuat permohonan maaf kepada semua.

Baru dia tahu kuasa netizen macam mana…

Minta maaf kat arwah la sebab dah aibkan dia

Tidak kurang juga ada yang tersalah anggap pemuda itu dengan pengguna Badri Abdullah yang tular baru-baru ini yang memaklumkan kematiannya selepas dikecam oleh warganet kerana menghina kematian penyanyi Adibah Noor.

Apa-apapun, didoakan semoga pemuda itu benar-benar insaf dan tidak akan mengulangi kesilapannya lagi.

Sumber: Facebook KJ Nilam