Kemunculan-kemunculan YouTuber dengan pelbagai konten di media sosial sememangnya menjadi satu tontonan baru buat generasi muda.
Sebagai pembuat konten, seharusnya para YouTuber lebih peka dalam memuat naik sesuatu kandungan kerana boleh sahaja ditiru oleh golongan remaja ataupun kanak-kanak.
Tarik tudung wanita tak dikenali
Jadi, jika mereka memilih untuk membuat konten bersifat negatif, pelbagai risiko boleh terjadi dan ia sedikit sebanyak telah mempengaruhi generasi muda dengan menormalisasikan sesuatu yang dilihat kurang baik.
Hal ini samalah seperti perkongsian satu akaun Twitter yang kesal dengan kandungan konten yang dibuat oleh YouTuber dengan nama salurannya Nick CHANNEL.
Boleh kira satu gangguan ni
Dalam muat naiknya, dapat dilihat seorang lelaki dikatakan membuat eksperimen sosial dengan menarik tudung perempuan awam kononnya untuk melihat reaksi mereka.
Namun, menurut pengguna Twitter dikenali sebagai @aidi_ezzhar, tindakan yang dilakukan YouTuber itu adalah satu gangguan dan terlihat sangat tidak sopan.
“Buat content ni memang lesen orang kita untuk jadi biadap ke? Benda ni dikira harassment kot. “Saya buat content je…” kepala but*h dia,” tulisnya.
Memang sengaja minta dikecam
Dalam video di saluran YouTube lelaki itu, jelas menunjukkan yang dia seakan telah memerhati ‘mangsa wanita’ yang ingin ditarik tudungnya sebelum berlari dan memohon maaf.
Dia juga memaklumkan sedang membuat ekperimen sosial bagi melihat reaksi seseorang apabila tudung ditarik oleh individu tidak dikenali.
YouTuber terbabit juga memaklumkan yang dia sedia dikecam dan sengaja membuat video untuk memberi ruang orang ramai memaki hamunnya di media sosial.
Teringin duduk lokap kot
Menjengah ke ruangan komen di Twitter, rata-rata netizen meninggalkan maklum balas yang negatif terhadap konten sampah seperti itu.
Mana tidaknya, tindakan YouTuber yang mengunakan alasan eksperimen sosial untuk membuat konten dilihat sebagai satu tontonan ‘murahan’ dan boleh disifatkan sebagai satu kesalahan jenayah.
Perangai yang bukan2
Buat konten tak bertempat
Memang minta kena report polis agaknya
Kesalahan jenayah lah kiranya ni
Buat content ni memang lesen orang kita untuk jadi biadap ke?
Benda ni dikira harassment kot. Saya buat content je kepala butoh dia.
Sakit pulak hati puak puak bodoh macam ni makin membiak. pic.twitter.com/5hAv5Khas4
— Aidi ER (@aidi_ezzhar) July 4, 2022
Sumber: Twitter @aidil_ezzhar, YouTube
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.