PETALING JAYA – Anak kepada usahawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Vida iaitu Cik B tidak bersetuju dengan keputusan ibunya mendirikan rumah tangga bersama bekas pembantu, Iqbal Zulkefli.
Cik B atau nama sebenarnya Edlynn Zamilleen Muhammad Amin dalam satu temu bual dalam program Melodi hari ini berkata, faktor umur yang begitu jauh menjadi faktor utama dia tidak merestui perkahwinan tersebut.
“Saya sangat kurang setuju. Mama umurnya pun dah tua, Abang Iqbal baru umur 27 tahun.
“Macam mana Abang Iqbal boleh suka dekat orang tua. Mesti ada sebab. Saya pun tak setuju mama nak ada anak lagi. Mama kalau dia bercinta, dia macam cinta buta,” katanya.
Pada masa sama, Cik B, 16, turut mendedahkan bahawa hubungannya dengan Iqbal tidak begitu baik dan sering bergaduh sebelum ini.
“Saya dengan Abang Iqbal memang tak baik. Saya selalu g4duh dengan dia. G4duh tu bukan g4duh biasa-biasa. Mama pun selalu berg4duh dengan dia.
“Hubungan kami memang sangat renggang. Saya tk nak komen banyak. Sebab banyak saya nak cakap tapi biarlah pada diri saya sendiri saja,” katanya.
Tambah pelantun lagu Tolonglah itu, pada awalnya dia menyangka perancangan pernikahan ibunya dan Iqbal hanyalah publisiti, namun dilihat semakin serius.
“Sebenarnya saya ingatkan cuma marketing (publisiti), tapi nampak macam betul-betul pula.
“Ya Allah t4kutnya, tapi harap-harapnya memang marketing lah. Saya pun macam tak nak lah ada ayah baharu. Saya pun dah cukup ada lima ayah.
“Tapi kalau jodoh mama dengan Abang Iqbal, saya harapkan mama happy (gembira). Ikutlah mama nak buat apa. Saya memang tak nak mama kahwin dengan abang Iqbal,” luahnya lagi.
Terdahulu, Kosmo! Online melaporkan Vida mengesahkan akan berkahwin dengan Iqbal menjelang Disember ini dan mengimpikan sebuah perkahwinan ‘wedding of the year.’
Semoga Dato Vida dapat berbincang perkara tersebut secara baik dengan Cik B. Sebenarnya tidak salah untuk memilih dan menerima seseorang yang jauh lebih muda sebagai calon suami. Walaupun usia lebih muda namun tidak bermakna seseorang itu tidak matang dalam kehidupannya. Namun perasaan anak juga di ambil kira.
Sumber : K! ONLINE