” Abah, abah! Boleh Siti tanya? Kalaulah Siti m4ti, abah datang tak kubvr Siti?”
Itu soalan Almarhumah Siti Sarah ketika usianya belasan tahun yang membuatkan Raisuddin Hamzah, tersentak dan terdiam.
Menurut Raisuddin, masih dia ingat, waktu itu, Sarah baru ada sebuah album dan muda belia. Masih belum berkahwin. Perbualan itu juga cuma terhenti disitu.
Raisuddin lantas menepis kata-kata itu, ‘Ah, apa saja yang kau mengarut ini, abah yang akan m4ti dulu!’.
Siapa sangka, hanya selepas pemergian arwh, pertanyaan itu terbangkit di minda lelaki berusia 66 tahun ini ketika mengintai kenangan-kenangan lama yang sebenarnya sangat sukar untuk dilupakan.
” Arwh sangat rapat dengan saya berbanding dua beradiknya yang lain. Keluar sahaja dari perut ibunya, dia dah dengan saya. Dimandikan, dijaga, pendek kata memang melekat saja.
” Pernah, waktu dia berusia 12 tahun, saya balik kerja pagi, maklumlah kerja di set penggambaran balik lewat.
” Tengah tidur, tiba-tiba sebelah saya rasa haba. Tengok-tengok, dia tengah tidur sebelah saya.
” Terus saya tolak dia, marah. Dah besar pun nak tidur dengan abahkah? Tanya saya.
” Sempat saya terdengar dia jerit adoi! Masa terjatuh ke lantai,” kata Raisuddin sambil ketawa apabila teringat akan keletah anak kesayangannya itu.
Tidak cuma itu, kata Raisuddin, setelah arwh meninggI dnia, dia juga teringat akan satu keanehan yang ditunjukkan oleh Sarah,semasa dia masih kecil.
Dengar azan jer terus menangis
” Masa itu, rasanya umur dia sebaya Ayash. Dia tak boleh dengar azan berkumandang, dia mesti akan menangis. Bukan mnangis takut, tapi macam tengah sayu hati, tersedu-sedu.
” Bila teringatkan hal itu sekarang, baru saya boleh kaitkan dan cuba fahami. Kita manusia, barangkali, anak kecil sepertinya waktu itu, teringatkan perjanjian dengan-Nya dulu.
” Sampai masa, oh, rupanya dia yang pergi dulu, tinggalkan saya, suami, anak-anak dan keluarga,”katanya.
Jelas Raisuddin, sejak Sarah pergi dijemput Ilahi pada 9 Ogos tahun lalu, tidak sedikit pun hati seorang ayah sepertinya mampu menahan perasaan sedih di hati.
Malah berkali-kali dia bertanya pada diri, mengapa tidak nyawanya yang diambil Tuhan terlebih dahulu?
” Macam terbalik, sepatutnya saya yang pergi. Rupanya, dia yang pergi dulu.
” Macam kelakar pun ada. Tapi itulah kenyataannya. Maknanya, hukum akal kita memang tak boleh pakai. Sebab apa yang kita kata itu, Tuhan kata tidak.
” Allah SWT itu mahu tunjukkan kebesaran-Nya.Dia yang mencatur dan mengarah jalan cerita hidup kita. Jadi, kalau kita pegang pada iman, percaya pada Dia, kita kena terima ketentuan-Nya.
” Menangis, bukan tak menangis. Tanyalah isteri saya, bila saya menangis. Air mata itu keluar dengan sendirinya. Tapi ingatlah, apa sahaja yang terjadi, reda itu penting. Nak tak nak kita kena reda,”katanya.
Ada sesuatu belum beres antara dia dengan Shuib
Beralih pertanyaan kepada keadaan Shuib di matanya, kata penyanyi era 80-an ini, dia tidak menolak, menantu lelakinya itu masih belum benar-benar ‘pulih’ daripada beban ralat, rindu, sedih dan pedihnya patah hati.
Sebesar mana pun rasa cinta dan sayang Shuib pada arwh Sarah, hakikatnya, sebagai seorang bapa, kasih dan sayangnya terhadap arwh juga malah lebih besar.
Namun, melihat kepada diri menantunya itu kini, Raisuddin sedar, ada sesuatu yang belum beres antara dia dan Shuib untuk hal yang satu ini.
Banyak benda Shuib sorok
” Sejak arwh meninggI, saya dengan dia masih belum duduk bersama berbual dari hati ke hati. Dia banyak sorok benda daripada saya. Saya faham, bukan tak faham keadaan dia yang terasa kehilangan.
” Dia dan arwh, sangat rapat. Mereka berdua boleh jadi macam-macam.
” Boleh jadi suami isteri, kawan baik, bergurau senda pun kadang-kadang saya pun rasa tak sanggup nk buat Shuib begitu. Tapi Shuib rela dan okey bila Sarah gurau dengan dia.
” Contoh macam watak Mat Jeggey itu. Seronok tengok keletah mereka berdua.
” Tapi ada ketika, sekarang ini, saya rasa adakah kerana saya dan keluarga masih ada bersama-sama maka ia buat dia rasa semakin susah nak ‘move on’? Sesekali terbit pertanyaan begitu,”katanya.
Kata Raisuddin, pernah dia terfikir, adakah dia perlu menjauhkan diri daripada Shuib supaya menantunya itu dapat meneruskan hidup mengikut cara sendiri.
” Tapi setakat ini, tidaklah pula dia berbunyi. Dia lebih banyak bercerita dengan orang lain, yang dia selesa. Saya tak marah, faham keadaan dia.
” Bermakna, dia letakkan saya ini pada kedudukan begitu tinggi dan dia hormat. Mungkin juga dia takut saya rasa sedih sepertinya.
” Dia pun tahu sejarah saya dengan arwh anak macam mana. Sangat rapat. Saya fikir, nanti perlu ada satu ruang untuk kami berdua bersama-sama duduk berbual dari hati ke hati,”katanya.
Minta Shuib bersabar
Tentu, sebagai seorang bapa mentua, dia juga inginkan Shuib sebagai menantu untuk sentiasa bersabar dengan ketentuan ini. Namun, bak kata orang, hanya masa yang mampu mengubati hati.
” Kita semua nak yang terbaik dalam hidup. Tapi jangan lupa, baik buruk yang ditentukan oleh Allah SWT itu juga kita kena terima. Itu percaturan Dia. Bila sampai waktu kita dah tak rasa apa pun.
” Sebab, kita selalu fikirkan dunia kita, usia kita. Walhal, orang yang lebih awal daripada kita, pernah berlaku hal begini juga. Tunggulah kita punya sirat. Kita punya jalan cerita masing-masing,”katanya.
Selain itu, kata Raisuddin, sambutan Aidilfitri juga mungkin tidak seceria dahulu. Bahkan, hal itu juga telah dirasakan saban harinya bersama keluarga termasuklah Ramadan lalu.
Hal ini juga diakui oleh isterinya, Siti Fatimah Suberi, yang selesa dipanggil Makder oleh kalangan ahli keluarga dan rakan kenalan arwh.
” Puasa pun dah terasa. Sebab, kami semua, masih terasa dia ada. Selama ini, dia umpama penyeri dalam rumah itu. Sekarang, rumah jadi sunyi sangat.
” Bila dia pergi, dia seolah-olah telah membawa sekali seri itu. Dia harus ada. Raya kali ini pun tak tahu nak kata macam mana.
” Kalau di rumah, memang bab makanan dia sangat jaga dan tidak lokek. Tak pernahlah di rumah itu terputus makanan. Kita akan cari masa sama-sama berkumpul di rumah. Memang sudah jadi kebiasaan,” katanya.
Sumber: utusan
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jgn Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut