Sorang² pergi. Katanya baru kenal masa di..
PARIT BUNTAR: Remaja 12 tahun, Nur Safiyyah Mohd Syukri yang dilaporkan hilang kelmarin ditemui selamat di Klang, Selangor.
“OH kemudiannya menaiki Grab menuju ke rumah rakan di Klang yang baru dikenalinya sebulan yang lalu di Facebook.
“Pihak polis berharap masyarakat tidak menimbulkan spekulasi negatif yang boleh mengeruhkan lagi keadaan serta tidak menyebabkan maklumat yang tidak benar sehingga mencetuskan kegusaran kepada semua pihak,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Sementara itu, ibunya Misiah Sahar, 35, mengesahkan anaknya selamat dibawa pulang ke rumah jam 3 petang tadi selepas menjalani pemeriksaan kesihatan di hospital.
Pihaknya bersyukur anaknya ditemui dalam keadaan selamat dan tiada perkara tidak diingini berlaku.
“Pihak keluarga amat berterima kasih atas kerjasama semua pihak yang prihatin dalam membantu kami mencarinya,” katanya dihubungi.
Terdahulu media melaporkan kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun dilaporkan hilang dari rumahnya di Kampung Parit Tok Hin, Kuala Kurau.
Kanak-kanak terbabit disedari hilang oleh ahli keluarga pada jam 7 malam dan dipercayai keluar dari pintu rumah atas dengan membawa beg pakaian dan wang tunai kira-kira RM200.
Sumber BH