Terlalu ramai yang menyayangi dan mengasihi Allahyarham Siti Sarah. Pengakhiran hidupnya dicemburui ramai kerana sangat indah.
Ribuan orang menitipkan doa buatnya selain bacaan Yasin setiap hari sejak perkhabaran berita mengenainya hingga ke akhir nafas Siti Sarah.
Semalam suami Allahyarham, Shuib telah berkongsi sebuah video solah jenazah ghaib diadakan buat arwah isterinya di Masjidil Haram, Mekah oleh hampir 300 jemaah.
Hari ini pula, dikhabarkan seramai 450 orang anak tahfiz dan anak yatim Pondok Pesantren Nurul Huda Bandung, Indonesia telah melakukan majlis khatam al-Quran dan tahlil buatnya di bawah pimpinan Ustaz Mansyur.
Pemergian Siti Sarah membuka mata ramai orang. Terlalu banyak pengajaran dan pelajaran yang kita perolehi.
VIDEO:-
Apa yang pasti, ianya semua yang baik-baik belaka.
Semoga Allah tempatkan Allahyarham Siti Sarah dalam kalangan mereka yang beriman dan di syurga yang paling tinggi.
Pernah Muncul Bersama Ustazah Asma, Arwah Kongsi Amalan Menjadi Isteri Solehah
Amalan berguna dikongsi penyanyi popular, Allahyarham Siti Sarah Raissuddin akan menjadi panduan kepada pelakon, Datin Lisa Surihani.
Mendedahkannya, Lisa berkata, arwah menyarankan mendengar surah al-Waqiah setiap pagi bagi memperoleh manfaat dalam kehidupan.
“Ini antara memori yang membuatkan saya terkesan membabitkan arwah dan suaminya, Shuib Sepahtu. Mereka pernah berkongsi amalan mendengar surah al-Waqiah dalam media sosial.
“Amalan ini dilakukan Shuib sebelum pergi ke konti radio, setiap pagi. Justeru, saya sempat bertanyakan mengenainya apabila arwah menjadi tetamu program yang dikendalikan saya bersama suami.
“Arwah menyarankan saya melakukan amalan mendengar surah ini setiap pagi kerana terlalu banyak manfaat dalam hidup,” katanya kepada BH Online.
Isteri pelakon dan pengarah, Datuk Yusry KRU berkongsi pengalamannya bersama arwah pada majlis tahlil dan bacaan Yassin secara virtual, semalam.
Majlis dihadiri lebih 600 tetamu dianjurkan khusus untuk arwah Siti Sarah yang menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada jam 5.13 pagi, semalam.
Allahyarham Siti Sarah dan Shuib mengamalkan mendengar surah al-Waqiah, setiap pagi.
Lisa dedah perkongsiannya dengan Allahyarham Siti Sarah mengenai surah al-Waqiah yang memberi manfaat dalam kehidupan.
Bintang filem Legenda Budak Setan dan Istanbul Aku Datang itu berkata, apa yang membuatkannya kagum adalah keyakinan arwah terhadap amalannya itu.
“Sifat dan keyakinan arwah mengenai kalamullah menerbitkan rasa kagum saya terhadapnya.
“Arwah percaya jika saya mengamalkannya, satu perubahan besar akan berlaku dalam hidup. Kita lihatlah sendiri pengakhiran hidup arwah yang begitu manis,” katanya.
Menzahirkan simpati atas apa yang berlaku, Lisa percaya, Shuib tabah mengharungi kehidupan bersama anak-anaknya.
“Saya tahu Shuib kuat. Kerana ia datang dari semangat arwah Siti Sarah yang kuat,” ungkapnya.
Selain Lisa, majlis tahlil dan bacaan Yassin secara virtual turut disertai rakan selebriti seperti Liza Hanim, Nabil Ahmad, Sharnaaz Ahmad, Fad Bocey, Zul Huzaimy, Mark Adam, Datuk Fizz Fairuz dan ramai lagi.
SIARAN ULANGAN SEGMEN ISTIMEWA WHI TV3 : “REDHA SEORANG ISTERI”
USTAZAH ASMA’ HARUN & SITI SARAH
Semoga keluarga Allahyarhamah terus tabah dan redha menerima ketetapan Allah SWT. Mudah-mudahan kita semua bersatu kembali di syurga Allah SWT.
Al-Fatihah (dibaca)
Silakan Share
Berikut antara kata-kata dan nasihat arwah yang boleh kita jadikan iktibar dan panduan
“Arwah Berkali ditanyakan semula soalan supaya jawapan diberikan dapat difahami dan memberi manfaat kepada penonton”
“Berbaik sangka pd ibu mertua kita.. Allah akan bgi rezeki tak disangka2.. Dipermudahkan segala urusan”
“Sarah cakap perkara yg sama shuib sebut masa live td…Allah pinjamkan suami kpd saya…shuib pun.ckp yg sama…Allah pinjamkan sarah kpd saya Subhanallah”
“Kata2 Sarah tadi tentang hati kita Allah yang pegang dan sentiasa berbolak balik”
Siti Sarah minta izin ambil wuduk, solat sebelum ke ICU
Luluh hati orang ramai apabila membaca satu perkongsian seorang jururawat yang pernah menjaga dan merawat Allahyarham Siti Sarah Raissuddin di hospital.
Menerusi perkongsian jururawat di laman TikTok yang menggunakan akaun @Missylia itu, dia ada menceritakan beberapa peristiwa dan kenangan manis bersama isteri kepada pelawak dan pelakon, Shuib itu.
Menurut jururawat itu, salah satu permintaan Siti Sarah sebelum dibawa ke Unit Rawatan Rapi (ICU) bagi menjalani pembed4han caesarean adalah dia ingin berwuduk untuk menunaikan solat Subuh.
Kata jururawat itu, ketika itu arwah masih sedar dan boleh bercakap sebelum dibawa ke ICU.
“Sarah juga ada mintak saya ambil plastik, air dan tisu sebab dia mahu lap badan dia sebab dia rasa panas.
“Dekat wad C0vid memang panas hanya ada ‘aircond portable’ (penghawa dingin mudah alih),” kata @Missylia semasa menjawab pertanyaan pengguna Tiktok.
Tambah jururawat itu, Siti Sarah sangat mesra dan sentiasa mengucapkan terima kasih serta meminta maaf kepada jururawat setiap kali memerlukan pertolongan.
“Perkataan yang susah jururawat hendak dengar dari patient (pesakit),” katanya yang memuji sikap Siti Sarah sebelum ini.
Susulan perkongsian itu rata-rata pengguna kagum dengan sikap Siti Sarah yang sentiasa merendah diri dan menghormati orang lain.
Pada masa sama, mereka turut memuji layanan yang diberikan jururawat terhadap semua pes4kit Covid-19 yang siang malam bertungkus lumus serta terpaksa merisikokan diri.
Tangkap layar perkongsian oleh seorang jururawat yang pernah merawat dan menjaga Siti Sarah di hospital sebelum ini.
Perkongsian seorang penulis, Siti Suryani Yaakop di Facebook
Dalam grup whatapps sekolah rendah saya, hari-hari ada kawan tanya apa berita Siti Sarah. Bila masuk je mesej, berdebar masing-masing. Semua doakan Siti Sarah boleh sembuh.
Juga.
Saya tengok post Shuib setiap hari. Ramai sekali orang mendoakan Siti Sarah.
Ajaibnya.
Kita tak pernah jumpa Siti Sarah. Tak kenal rapat juga. Tapi begitu ramai yang mendoakannya. Yang buat solat hajat.
Yang buat bacaan Yassin. Yang sama berdebar menunggu beritanya saban hari.
Yang sama gembira dengar dia makin pulih. Yang sama menangis dengar sebarang prosedur yang dibuat padanya.
Saya kira.
Bukan semata-mata sebab Siti Sarah artis atau orang ternama. Ramai juga orang terkenal saban hari kita tahu juga dia sakit. Tapi tak tergerak nak punya rasa sedih dan sayu yang sama.
Sungguh.
Manusia kalau disayangi ramai ini mendatangkan ‘cemburu’ di hati saya. Selalu saya cari-cari apa yang mereka buat sehingga orang sayang sangat walaupun tak pernah jumpa.
Tapi.
Tak hairan juga. Kita semua tahu betapa susahnya Siti Sarah dan Shuib dulu. Kahwin pun takda majlis.
Tapi Siti Sarah sabar dan setia. Sentiasa jadi sahabat baik suaminya. Jatuh dan bangkit sama-sama. Kalau suami kita panggil kita bidadari syurga, apalagi yang kita mahu. Cukup dah.
Kita nampak.
Siti Sarah sangat konsisten jaga auratnya beberapa tahun ini. Sikit-sikit sampai tutup terus dengan baik. Istiqomah kita lihat perjalanannya.
Dan saya tahu.
Bukan sikit Siti Sarah hadiahkan tudung produknya pada artis lain. Saya pernah lihat Nabila Huda pakai.
Baru ni nampak Uqasha Senrose terima hadiah tu. Saya tak ingat siapa lagi pernah dapat. Tapi ramai.
Kita juga tahu Siti Sarah tak pernah cakap kasar. Tak pernah kutuk dan komen orang di mana-mana media sosial yang ada.
Benar sekali.
Taat dan setia pada suami itu besar baik balasannya. Dan buat baik pada orang itu bukan sedikit ganjarannya.
Di dunia lagi Allah sudah tunjuk contoh. Jadi baik itu balasannya baik juga.
Sungguh.
Kematian yang baik dan diiringi jutaan doa. Bukan Allah rezekikan untuk semua.
Innalillahiwainnailaihirojiun. Damailah kamu di sana. Terima kasih kerana tunjukkan kami tauladannya.
“Hebat insan yg bernama @sitisarahraissuddin ini….. dia bukan ulamak atau ustaz terkenal atau pemimpin negara… tapi auranya sampai ke Masjid Haram… inilah contoh utk para isteri….!!!! Cemburu saya dengan kebaikan apakah yg d lakukan…” Ustaz Abdullah Khairi
“ALLAH sayang @shuibsepahtu @sitisarahraissuddin janji Allah itu benar buat orang yang baik dermawan dan taat pada suami dan fikir umat yang ada padanya”-Ustaz Ebit Lew