Umum

“Semoga Allah Rahmati Awak..”- Noor Nabila Dah Padam Foto Suami, Sekali Ini Pula Tindakan Engku Emran Di ‘IG’

Sejak dua hari lalu, warganet kecoh apabila kakak kepada selebriti popular Neelofa iaitu Noor Nabila bertindak memadam semua foto bersama suaminya Engku Emran di laman Instagram.

Jika dilihat dari tarikh dia berkahwin sehingga kini, tiada lagi foto Engku Emran seperti dikongsi wanita berusia 37 tahun itu sebelum ini sebaliknya hanya posting bersama anaknya Jebat Jayden.

Terbaru, menerusi pemerhatian di laman Instagram milik Engku Emran, beberapa keping foto mereka berdua dilihat masih kekal untuk tatapan pengikutnya.

Difahamkan, foto bersama Noor Nabila yang juga seorang usahawan dimuat naik kali terakhir pada 19 Mac lalu iaitu sempena ulang tahun perkahwinan pertama mereka.

Bagaimanapun, status rumah tangga pasangan itu masih menjadi tanda tanya dalam kalangan orang ramai kerana masing-masing tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung perkara berkenaan.

Pada Jun lalu, Noor Nabila menafikan rumah tangganya berantakan selepas jarang berkongsi foto bersama suami sebaliknya mengakui lebih menjaga privasi selain tidak gemar berkongsi.

Untuk rekod, pemilik nama Noor Nabila Mohd Noor itu pernah berkahwin dengan pelakon aktor Sharnaaz Ahmad pada 31 Mac 2017 dan bercerai pada 9 Julai 2020.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Jebat Jayden yang kini berusia empat tahun.

Manakala Engku Emran juga pernah berkahwin dengan aktres Erra Fazira pada 2007 sebelum bercerai tujuh tahun selepas itu.

“Semoga Allah Rahmati Awak..

Menerusi perkahwinan terbabit, mereka dikurniakan seorang anak perempuan Engku Aleesya yang kini berusia 13 tahun.

Engku Emran kemudian berkahwin dengan selebriti terkenal Indonesia, Laudya Cynthia Bella pada 2017 namun turut berakhir dengan perpisahan pada 2020.

Sumber: omm

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jgn Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement