Umum

“Setahun Tak Keluar Rumah” Aktivis R0hignya Luah di Malaysia Sudah Tak Selamat Untuk Tinggal Lagi

Pelarian dan aktivis Rohingya, Zafar Ahmad Abdul Ghani, yang tinggalkan Myanmar kerana pnganiayaan dan pnghapusan etnik di sana.

Dia telah pun menganggap Malaysia seperti rumahnya sendiri selepas hampir tiga puluh tahun menetap di sini.

Namun, ibarat keluar mulut harimau, masuk mulut buaya, Zafar dah tak tinggalkan rumahnya yang terletak di pinggir bandar Kuala Lumpur hampir setahun.

Ini selepas dakwaan palsu mengenai dia ingin menuntut kerakyatan Malaysia tular di media sosial.

Ekoran ini, dia sering menerima pelbagai ugutan dan kata-kata kesat serta ugutan bvnuh ke atas dirinya dan keluarga.

Saya masih takut. Selama setahun saya tak jejak kaki ke luar. Saya tak tengok dunia luar.”

Walaupun laporan polis telah dibuat mengenai tuduhan palsu yang dilemparkan ke atasnya serta serangan dalam talian.

Tetapi sehingga kini tiada berita mengenai perkara tersebut.

Lelaki ini juga menafikan yang dia pernah meminta untuk menjadi rakyat Malaysia atau mempunyai hak seperti rakyat Malaysia, lapor Malay Mail.

Semua ini bermula bila orang ramai mula mengatakan Rohingya semakin ramai menetap di Malaysia dan menyebabkan penyebaran virus kovid.

Sehingga kini, Zafar masih menerima panggilan dan mesej berbaur ugvtan dan kebncian melalui telefon dan media sosial.

Malah gambar keluarganya juga turut ditularkan.

Isteri Zafar yang merupakan orang Malaysia, Maslina Abu Hassan berkata, srangan ini telah memberikan impak yang besar ke atas keluarganya.

Anak-anak mereka juga dah lama tak ke sekolah kerana bimbang dengan keselamatan mereka.

Zafar juga telah didiagnos mengalami tekanan dan perlu mengambil ubat bagi menangani keadaan mentalnya itu.

Tak cukup dengan itu, Zafar yang berdaftar dengan Pesuruhjaya Tinggi PBB untuk Pelarian (UNHCR) turut memohon untuk berpindah ke negara lain.

Tetapi permohonannya telah ditolak selepas agensi tersebut mengatakan yang dia tak memenuhi kriteria penempatan semula.

Zafar berharap UNHCR dapat mempertimbangkan semula permintaannya itu kerana dia dah rasa tak selamat untuk tinggal di Malaysia.

Saya tak boleh tenangkan badan saya, otak saya, hati saya. Saya menangis bertanya kenapa orang buat saya macam ni.”