ALOR SETAR – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) melakukan s.iasatan dalam i.nsiden sekumpulan pelancong yang terpaksa membayar hampir RM 1,196 bagi hidangan seekor ikan siakap di sebuah restoran dekat Langkawi, baru-baru ini.
Ketua Pegawai Penguat Kuasa KPDNHEP Langkawi, Abdul Rafar Wahid memberitahu, siasatan dilakukan di bawah Akta Kawalan Harga Dan Anti Pencatutan 2011.
“Kita akan menyiasat perkara tersebut dengan adil dan tidak akan menyebelahi mana-mana pihak.
“Pelanggan juga perlu menyemak menu yang disediakan dan memastikan harga sebelum membuat pesanan bagi mengelakkan perkara ini berlaku,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas keja.dian yang menimpa sekumpulan pelancong ke Pulau Langkawi terkejut apabila terpaksa membayar hampir RM 1,196 bagi hidangan seekor ikan siakap seberat sekitar 7 kilogram di s.alah sebuah restoran di Langkawi, Kedah baru-baru ini.
Menerusi perkongsian Mohd. Faris Zulkarnain di Facebook miliknya, mereka terdiri daripada tujuh individu juga terpaksa membayar bil keseluruhan sebanyak RM 1,852.50 termasuk menu lain.
Sementara itu, Setiausaha Persatuan Pengguna Kedah, Mohd. Yusrizal Yusof berkata, pihaknya sebelum ini pernah menerima beberapa aduan berkaitan caj harga makanan yang tinggi di pulau peranginan berkenaan.
Bagaimanapun katanya, ia melibatkan restoran lain.
“Kita meminta pihak kementerian membuat pemeriksaan lanjut bagi memastikan tiada yang tert.indas dalam isu berkenaan.
“Pemilik restoran sewajarnya meletakkan tanda harga atau memaklumkan mengenai harga sebenar makanan agar pelanggan dapat membuat pilihan sama ada mahu menjamu selera atau sebaliknya,” jelas beliau.
Tambahnya, i.su peniaga meman.ipulasi harga semakin serius di pulau berkenaan berikutan mereka baru sahaja menerima pelancong luar sebaik kerajaan membuka semula sektor ekonomi.
Siasatan Awal KPDNHEP
Siasatan awal Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna KPDNHEP mendapati peniaga yang tular kerana menjual hidangan ikan siakap lebih RM 1,000 tidak melang.gar syarat di bawah Akta Kawalan Harga Dan Anti Pencatutan 2011.
Ketua Pegawai Penguat Kuasa KPDNHEP Langkawi, Abdul Rafar Wahid berkata, peniaga tersebut telah mempamerkan harga bagi setiap menunya dengan jelas.
“Walau bagaimanapun, pihak kami telah mengeluarkan notis di bawah Akta Kawalan Harga Dan Anti Pencatutan 2011 kepada peniaga terbabit.
“Notis tersebut meminta peniaga untuk melampirkan dokumen sebagai bukti harga yang diletakkan oleh peniaga tersebut adalah munasabah,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.
Selain itu, kata beliau, pihaknya tidak boleh menetapkan harga bagi peniaga terbabit kerana barangan jualannya tidak tersenarai sebagai barang-barang kawalan di bawah Seksyen 5 Akta Kawalan Bekalan 1961 atau Skim Harga Maksimum Musim Perayaan.
Walau bagaimanapun, menurut Abdul Rafar, pihaknya setakat ini hanya menerima satu aduan berkenaan perkara tersebut.
Katanya, aduan itu adalah daripada orang awam yang mengetahui perkara tersebut daripada media sosial dan bukan daripada pelanggan itu sendiri.
Justeru, beliau meminta pelanggan terlibat untuk tampil dan membuat aduan rasmi kepada KPDNHEP jika berasa dit.ipu oleh peniaga berkenaan.
“Aduan daripada pelanggan adalah penting bagi mendapatkan keterangan lanjut untuk memastikan s.iasatan dapat dilakukan dengan adil dan telus,” tambahnya.
Kredit : Kosmo via om