Pentas akhir program ‘MSYH’ menampilkan anak Allahyarham Mr. Os, iaitu Dewa di angkat sebagai pemenang sekali gus diserap menjadi ahli terbaru kumpulan Sepahtu.
Selain itu, kemunculan Shuib sebagaijuri undangan pada pusingan kedua juga seolah-olah mengubat kerinduan peminat selain rancak bergurau senda dengan Jep Sepahtu.
Video
Di sebalik kemeriahan persembahan secara langsung rancangan tersebut, tidak semena-mena seorang penonton jelita di belakang Shuib pula menjadi tumpuan ramai. Setiap kali ahli perniagaan dan pelawak itu memberi ulasan kepada para finalis, kelibat wanita berbaju putih itu pasti akan terakam sekali oleh lensa kamera.
Video
Selesai rancangan itu, wanita tersebut turut sempat bergambar bersama barisan artis yang hadir seperti Datin Lisa Surihani, Ramona Zam Zam, Ebby Yus dan ramai lagi.
Malah tidak sampai sehari, video yang dikongsi pemilik akaun @syazana59 itu tular di aplikasi TikTok dan mendapat ramai pengikut baharu berikutan kemunculannya di kaca TV semalam.
Video
Paling tidak disangka-sangka, wargamya yang sempat menyaksikan ‘MSYH’ secara langsung semalam mendakwa lirikan mata Syazana persis isteri Shuib, Allahyarhamah Siti Sarah.
Walau bagaimanapun, peminat setia pasangan selebriti itu berharap agar wargamya berhati-hati dalam memberi komen agar tidak membandingkan kedua-duanya.
Sumber : viralmy.me